Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Masters China: Tang Jie-Ee Wei mara ke pusingan kedua
  • SUKAN

Masters China: Tang Jie-Ee Wei mara ke pusingan kedua

Utusan Sarawak 3 hours ago
CHEN Tang Jie-Toh Ee Wei masih memburu gelaran Jelajah Dunia BWF pertama mereka tahun ini kerana Kejohanan Dunia bukan sebahagian daripada siri ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Juara dunia Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menepati ramalan apabila mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Masters China 2025 hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di Shenzhen Arena, pasangan nombor tiga dunia yang beraksi buat kali pertama selepas memenangi kejohanan dunia di Paris, Perancis bulan lepas, tidak berdepan masalah untuk menundukkan gandingan Amerika Syarikat Chen Zhi Yi–Francesca Corbett 21-12, 21-14 dalam tempoh 31 minit.

“Perlawanan hari ini saya rasa okay sebab kami dah main dekat China beberapa kali. Apa yang penting, kami kena kekalkan momentum,” katanya menerusi rakaman audio yang dikongsi Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini.

Tang Jie-Ee Wei dijadualkan bertemu gandingan Indonesia Jafar Hidayatullah–Felisha Pasaribu pada pusingan kedua esok, yang mara selepas menewaskan beregu campuran Jepun Hiroki Midorikawa-Natsu Saito 23-21, 21-17.

Pada edisi lepas, Tang Jie-Ee Wei menamatkan saingan pada separuh akhir selepas tunduk kepada bekas beregu campuran nombor satu dunia Feng Yanzhe-Huang Dongping 21-18, 21-13.– Bernama

Continue Reading

Previous: Penampilan sulung Isak bersama Liverpool berdepan Atletico
Next: Atlet diharap tonjolkan semangat juang tinggi di Sukan Borneo 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.