Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Masters China: Sze Fei-Nur Izzuddin bangkit tempah slot ke pusingan kedua
  • SUKAN

Masters China: Sze Fei-Nur Izzuddin bangkit tempah slot ke pusingan kedua

Utusan Sarawak 7 hours ago
GOH Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani. Foto Bernama (Gambar fail)

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Masters China 2025 selepas bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menewaskan gandingan Indonesia Muhammad Rian Ardianto-Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan hari ini.

Pasangan nombor tiga dunia itu mengambil masa 43 minit untuk mencatatkan kemenangan 12-21, 21-11, 22-20 dalam perlawanan pusingan pertama yang mendebarkan di Shenzhen Arena.

Pasangan Malaysia itu yang mempamerkan ketenangan luar biasa dalam set penentuan akan berdepan sama ada beregu Taiwan Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan atau pasangan Thailand Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh bagi merebut tempat ke suku akhir.

Bagaimanapun, perjalanan satu lagi beregu lelaki negara Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong berakhir apabila tewas 12-21, 21-18, 12-21 kepada pasangan Taiwan Lee Fang Chih-Lee Fang Jen.

Dalam acara beregu campuran, pasangan negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie menewaskan rakan senegara Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien 21-17, 21-12 untuk menempah pertemuan pusingan kedua menentang beregu Taiwan Ye Hong Wei-Nicole Gonzales Chan.

-BERNAMA

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Wang Chuqin kembali kuasai ranking No. 1 dunia pingpong lelaki

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.