
MINA: Masjidil Haram menyaksikan kehadiran ramai jemaah haji pada Jumaat ketika mereka tiba untuk menunaikan Tawaf Ifadah selepas melontar Jamratul Aqabah di Mina, menurut Agensi Berita Saudi (SPA).
Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan mengurus pergerakan jemaah dengan teliti di kawasan Mataf (tempat tawaf).
Selain kawalan pergerakan, perkhidmatan menyeluruh turut dipertingkat bagi memastikan kesejahteraan jemaah, termasuk kerja pembersihan dan pensterilan yang rapi, penyediaan khidmat bimbingan dan kaunseling dalam pelbagai bahasa, serta perkhidmatan kecemasan dan ambulans 24 jam.
-Bernama