Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Masjidil Haram manfaatkan teknologi canggih
  • GLOBAL

Masjidil Haram manfaatkan teknologi canggih

Utusan Sarawak 2 months ago
RATUSAN ribu umat Islam beribadah di segenap kawasan Masjidil Haram, Mekah selain menunaikan ibadah umrah dan berbuka puasa beramai-ramai sempena Ramadan. Jumlah jemaah umrah tertinggi direkodkan pada Khamis, 6 Mac dengan 500,000 jemaah memasuki Masjidil Haram. – Foto Bernama

MAKKAH: Pusat Operasi Keselamatan Masjidil Haram, tonggak dalam melindungi jemaah, memanfaatkan teknologi canggih dan keupayaan ramalan dipacu kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan keselamatan jemaah, melancarkan pergerakan serta memastikan penyampaian perkhidmatan yang optimum sepanjang pelaksanaan ibadah, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).  

Dikendalikan oleh Pasukan Khas Keselamatan Haji dan Umrah di bawah Jabatan Keselamatan Awam, pusat itu menyelia pelbagai operasi keselamatan dan logistik secara menyeluruh, termasuk mengekalkan keselamatan serta menguruskan aliran jemaah di dalam Masjidil Haram.  

Kekuatan pusat itu terletak pada penggunaan kamera pengawasan digital berdefinisi tinggi dan analitik AI yang memproses sejumlah besar data bagi meramalkan kawasan yang berpotensi mengalami kesesakan. Pendekatan proaktif itu membolehkan keputusan tepat pada masanya bagi mengurangkan kesesakan, memastikan kelancaran pergerakan di seluruh Masjidil Haram dan menyediakan kemas kini trafik yang tepat.

Sementara itu dalam laporan lain pada Ahad, SPA turut melaporkan bahawa Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi menggunakan teknologi canggih, termasuk AI, bagi meningkatkan pengalaman jemaah umrah dan haji.  

Antara inovasi utama yang diperkenalkan, termasuk ‘Digital Mutawwif’, platform yang menyediakan panduan langkah demi langkah bagi pelaksanaan ibadah umrah serta doa dalam bentuk audio-visual, kaunter Tawaf dan Sa’i digital serta sistem navigasi dalam Masjidil Haram. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: 34 maut ribut landa Amerika Syarikat
Next: Makam Diraja berusia lebih 3,500 tahun ditemukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.