Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Masjid, surau DUN Kalaka terima karpet baharu sebelum Aidilfitri
  • Tengah
  • WILAYAH

Masjid, surau DUN Kalaka terima karpet baharu sebelum Aidilfitri

Utusan Sarawak 22 hours ago
MOHAMAD Duri semasa perjumpaan bersama pengerusi serta wakil-wakil masjid dan surau di kawasan berkenaan yang diadakan di Pusat Khidmat ADUN Kalaka, semalam. Foto: ADUN Kalaka 

SARATOK: Beberapa masjid dan surau di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka bakal menerima karpet baharu selepas permohonan bagi menggantikan karpet lama yang usang diluluskan oleh Premier Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas kelulusan tersebut yang disifatkan sebagai langkah penting dalam memastikan keselesaan jemaah beribadah.

MOHAMAD Duri semasa perjumpaan bersama pengerusi serta wakil-wakil masjid dan surau di kawasan berkenaan yang diadakan di Pusat Khidmat ADUN Kalaka, semalam. Foto: ADUN Kalaka 

Beliau berkata, kelulusan berkenaan memberi khabar gembira kepada penduduk setempat khususnya masyarakat Islam di kawasan DUN Kalaka yang sekian lama menantikan penggantian karpet di rumah ibadat masing-masing.

Menurutnya, perkara itu dimaklumkan semasa perjumpaan bersama pengerusi serta wakil-wakil masjid dan surau di kawasan berkenaan yang diadakan di Pusat Khidmat ADUN Kalaka, semalam.

Katanya, pertemuan tersebut bertujuan membincangkan pelaksanaan projek berkenaan selain memaklumkan bahawa permohonan menggantikan karpet yang usang di masjid dan surau di kawasan itu telah diluluskan sepenuhnya.

MOHAMAD Duri semasa perjumpaan bersama pengerusi serta wakil-wakil masjid dan surau di kawasan berkenaan yang diadakan di Pusat Khidmat ADUN Kalaka, semalam. Foto: ADUN Kalaka 

“Berita yang menggembirakan adalah kerja-kerja penukaran karpet tersebut akan dilaksanakan dalam masa terdekat dan dijangka siap sebelum sambutan Hari Aidilfitri nanti,” katanya.

Tambah beliau, usaha tersebut bukan sahaja meningkatkan keselesaan jemaah ketika menunaikan solat, malah membantu mewujudkan suasana lebih kondusif di masjid dan surau.

Beliau sekali lagi mewakili seluruh penduduk DUN Kalaka merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Premier Sarawak atas keprihatinan terhadap keperluan masyarakat setempat.

Antara masjid dan surau yang bakal menerima karpet baharu ialah Masjid Al-Muhtadin Saratok, Surau Darul Taqwa Kampung Tanjung, Surau Siraturrahim Kampung Masjid, Surau Cahaya Islam, Surau Darul Iman dan Surau DAR Abrar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bahasa Malaysia (BM) Saratok.

Turut tersenarai, Masjid An-Nur, Surau Al-Nor, Masjid An Nur, Surau Al Waliyy, Surau Ar-Rahman serta Surau (Masjid Lama) Kampung Tengah Perpat.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Hari keluarga eratkan silaturahim masyarakat Berawan
Next: 226 asnaf Kabong terima sumbangan menjelang Syawal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.