Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Masjid Nur Permai Sarikei terima RM1.4 juta naik taraf kemudahan
  • Tengah
  • WILAYAH

Masjid Nur Permai Sarikei terima RM1.4 juta naik taraf kemudahan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
UCAPAN….Pemanca Chan Phan Chan selaku wakil Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii berucap pada majlis ramah tamah Aidilfitri 2025 anjuran Jawatankuasa Masjid Nur Permai, baru-baru ini. Foto UKAS

SARIKEI: Masjid Nur Permai di Sarikei menerima peruntukan sebanyak RM1.4 juta di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dari 2019 hingga 2025 bagi tujuan menaik taraf kemudahan dan prasarana.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii berkata, ia adalah RTP daripada kerajaan Sarawak.

DUIT RAYA… Kanak-kanak menerima duit raya yang diserahkan oleh Pemanca Chan Phan Chan. Foto UKAS

“Saya berasa bersyukur dan bangga kerana Masjid Nur Permai semakin cantik dan dilengkapi dengan kemudahan dan prasarana melalui bantuan dana Program Transformasi Luar Bandar (RTP) daripada kerajaan Sarawak yang dipimpin oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Untuk makluman semua, Masjid Nur Permai telah mendapat peruntukan RTP sebanyak RM1.4 juta dari 2019 hingga 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Pemanca Chan Phan Chan selaku wakilnya pada majlis ramah tamah Aidilfitri 2025 anjuran Jawatankuasa Masjid Nur Permai, baru-baru ini.

Dalam pada itu, katanya, Aidilfitri merupakan lambang kemenangan, keinsafan dan penghargaan terhadap nilai-nilai murni.

“Dalam semangat Aidilfitri ini, marilah kita mengambil peluang untuk bermaaf-maafan, memperbaharui hubungan dan memperkukuhkan rasa hormat antara satu sama lain,” katanya.

Di majlis sama, Phan Chan turut menyerahkan duit raya kepada kanak-kanak di majlis tersebut.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Usaha perkasa pembangunan rakyat kawasan pesisir, luar bandar
Next: Bomba periksa 19 unit pili bomba

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.