Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Masjid Darul Makmur Kampung Tanjong Belipat terima sumbangan van jenazah
  • Utara
  • WILAYAH

Masjid Darul Makmur Kampung Tanjong Belipat terima sumbangan van jenazah

Utusan Sarawak 4 hours ago
TERIMA KASIH… Datuk Rosey Yunus menyerahkan kunci van jenazah baharu kepada Pengerusi Masjid, Mohamad Abdul Rizza Kapeh di Masjid Darul Makmur Kampung Tanjong Belipat petang tadi.

NIAH: Masjid Darul Makmur Kampung Tanjong Belipat menerima sumbangan sebuah van jenazah baharu bernilai RM174,000 daripada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak Datuk Rosey Yunus, petang tadi.

Penyerahan kunci van jenazah itu disempurnakan oleh beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu dalam satu majlis ringkas yang diadakan di masjid berkenaan.

Pengerusi Masjid, Mohamad Abdul Rizza Kapeh dalam ucapannya menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, majlis berkenaan dapat dilaksanakan dengan lancar serta penuh keberkatan.

Menurutnya, sebelum ini pihak masjid dan penduduk kampung berdepan cabaran dari segi logistik serta pengangkutan untuk membawa jenazah ke tanah perkuburan.

“Pengurusan jenazah merupakan fardu kifayah yang perlu dilaksanakan dengan penuh amanah dan tertib. Namun kekangan kenderaan sebelum ini menyukarkan urusan tersebut,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Datuk Rosey atas keprihatinan dan sokongan berterusan terhadap keperluan masyarakat di kawasan Bekenu, khususnya kariah Masjid Darul Makmur.

Katanya lagi, sumbangan van jenazah yang lengkap itu bukan sahaja memberi kemudahan kepada penduduk, malah menjadi simbol keprihatinan kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara.

“Dengan adanya van jenazah ini, urusan pengangkutan jenazah dapat dilakukan dengan lebih teratur, cepat dan sempurna,” ujarnya.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pemanca Dr Ali Mudin, Penghulu Wan Fauzi, KK Andy Fadzizul Hamdi dan barisan jawatankuasa masjid serta penduduk setempat.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Ramah Tamah Aidilfitri SK Bawang Tian eratkan silaturahim komuniti
Next: Masa operasi sempadan di utara Sarawak dilanjut hingga tengah malam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.