Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Masjid Darul Ibadah Kampung Medang bernilai RM2 juta siap dibina
  • Selatan
  • WILAYAH

Masjid Darul Ibadah Kampung Medang bernilai RM2 juta siap dibina

Utusan Sarawak 8 hours ago
DATUK Mohammad Razi Sitam pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2026 dan Perasmian Masjid Darul Ibadah Kampung Medang, dekat sini hari ini. Foto: ADUN Saribas

SARIBAS: Pembinaan baharu Masjid Darul Ibadah Kampung Medang yang dinanti-nantikan akhirnya siap sepenuhnya pada tahun ini, sekali gus memberi kemudahan ibadah yang lebih moden dan selesa kepada penduduk setempat.

Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, projek berkenaan merupakan satu lagi usaha kerajaan negeri dalam mempertingkatkan kemudahan infrastruktur keagamaan di kawasan luar bandar.

Menurut beliau, masjid tersebut dibina dengan kos keseluruhan sebanyak RM2 juta, melibatkan dua fasa pelaksanaan yang disiapkan secara berperingkat.

DATUK Mohammad Razi Sitam pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2026 dan Perasmian Masjid Darul Ibadah Kampung Medang, dekat sini hari ini. Foto: ADUN Saribas

“Bagi fasa pertama, sebanyak RM1.5 juta diperuntukkan, manakala fasa kedua melibatkan kos RM500,000 sebelum masjid ini dapat digunakan sepenuhnya oleh masyarakat di Kampung Medang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2026 dan Perasmian Masjid Darul Ibadah Kampung Medang, dekat sini hari ini. Turut hadir ialah Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu.

Mengulas lanjut, Razi menjelaskan, skop kerja bagi fasa kedua meliputi pembinaan tapak parkir, pintu masuk baharu dan pagar, selain penyambungan bekalan elektrik bagi memastikan kemudahan masjid berfungsi dengan baik.

DATUK Mohammad Razi Sitam pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2026 dan Perasmian Masjid Darul Ibadah Kampung Medang, dekat sini hari ini. Foto: ADUN Saribas

Tambahnya, pembinaan masjid ini juga memperlihatkan komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam menyediakan prasarana keagamaan yang kondusif dan memenuhi keperluan masyarakat setempat.

Masjid baharu tersebut dijangka menjadi pusat ibadah utama yang bukan sahaja selesa, malah mampu menampung jumlah jemaah yang lebih ramai berbanding sebelum ini.

Razi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas berkata, institusi masjid memainkan peranan penting dalam mengukuhkan keharmonian kaum dan agama di negeri ini.

“Masjid bukan sekadar tempat beribadah, tetapi juga medium penyatuan masyarakat yang berbilang kaum dan latar belakang, selaras dengan aspirasi kerajaan negeri yang menekankan perpaduan,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan bahawa masjid perlu berfungsi sebagai pusat komuniti yang aktif dengan penganjuran pelbagai program keilmuan, sosial dan kemasyarakatan.

“Jangan jadikan masjid hanya tempat menunaikan solat semata-mata. Ia perlu dimanfaatkan untuk aktiviti pengajian, ceramah agama dan pembangunan ilmu bagi membina masyarakat Islam yang progresif,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Razi menyeru rakyat agar terus memperkukuhkan perpaduan kerana kestabilan yang terhasil mampu merancakkan pelaksanaan pembangunan oleh kerajaan negeri.

Mengulas situasi global, beliau turut mengingatkan masyarakat supaya sentiasa bersedia menghadapi cabaran seperti konflik di Selat Hormuz yang boleh memberi kesan kepada kestabilan rantau serta kenaikan harga bahan api.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan rakyat agar mengamalkan perbelanjaan berhemah selaras dengan tuntutan ajaran Islam, di samping terus memakmurkan masjid melalui pengimarahan solat lima waktu dan solat Jumaat.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pelajar cemerlang SPM Miri diraikan, terima penghargaan
Next: Aidilfitri Gita Laut meriah dengan kehadiran TPM Datuk Amar Fadillah Yusof

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.