Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Masjid Al-Muttaqin dinaik taraf bernilai RM9.5 juta
  • WILAYAH

Masjid Al-Muttaqin dinaik taraf bernilai RM9.5 juta

Utusan Sarawak 12 months ago
SELAMAT DATANG… Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bergambar bersama Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh serta tetamu kehormat yang lain selepas menandatangani buku pelawat di dalam Masjid Al-Muttaqin.

SARIKEI: Masjid Al-Muttaqin di sini dinaik taraf dengan peruntukan bernilai RM9.5 juta.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, proses pelaksanaan projek naik taraf ini berdasarkan sebut harga terhad dari lima syarikat pra-kelayakan.

“Kontrak pembinaan projek ini telah ditawarkan pada sebut harga yang munasabah dari Empayar Setia Sdn Bhd yang berjumlah RM6,991,616. Kerja pembinaan projek ini dilaksanakan dalam dua fasa.

“Fasa pertama untuk menaik taraf dewan bersebelahan Masjid Al-Muttaqin telah bermula pada 20 November 2020 dan dirancangkan siap pada 30 Mei 2021 iaitu selama enam bulan.

“Namun disebabkan oleh wabak pandemik Covid-1, dewan ini hanya dapat disiapkan pada 1 Mei 2022 iaitu selama 12 bulan,” katanya.

Beliau berkata fasa kedua telah bermula pada 1 Mei 2022 dan siap dalam tempoh setahun pada 30 Mei 2023.

Len Talif yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian naik taraf Masjid Al-Muttaqin, oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini, hari ini.

Katanya, dalam pelaksanaan penambahbaikan projek ini banyak penemuan luar jangka yang melibatkan penambahan kos seperti kubah alam baru, sistem kumbahan dan lain-lain.

“Maka semua kerja-kerja menaik taraf ini hanya siap pada 31 Mei 2024 dengan tidak melibatkan penambahan kos asal selain kos tambahan dan perubahan kerja (VO) berjumlah RM754,619.

“Kos kontrak pembinaan setakat ini adalah RM7,746,235.69. Kos untuk firma perunding, pengurusan dan penyeliaan tapak adalah RM1,518,531.73 bermakna kos keseluruhan untuk projek ini adalah RM9,264,765.73, berbaki RM235,234.27 daripada peruntukan RM9.5 juta,” katanya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Amalkan pendekatan muqarabah untuk membangun bersama – Abang Johari
Next: RM900,000 untuk bina Anjung Selera, inap desa Persatuan Nelayan Kawasan Kabong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.