Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Masih tunggu arahan
  • SUKAN

Masih tunggu arahan

Utusan Sarawak 5 years ago

NAIB Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Abdillah Majid memberitahu, pihaknya perlu menunggu arahan daripada Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) dan Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) sebelum memulakan sesi latihan membabitkan skuad bola sepak SUKMA 2020.

Menurut beliau, setakat ini belum ada perkembangan terperinci berhubung perkara itu dan percaya ia mungkin diumumkan dalam masa terdekat.

“Setakat ini belum ada perkembangan berhubung perkara itu. Saya percaya pihak MSNS mahupun SSC akan mengumumkan tarikh untuk memulakan sesi latihan,” ujarnya ketika mengulas perkara itu.

Abdillah yang juga pengurus pasukan berkata, Mesyuarat Persiapan Kontinjen Sarawak Ke SUKMA XX Johor akan berlangsung Selasa ini (16 Jun) yang akan dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Justeru tambah beliau, ada kemungkinan pihaknya akan tahu keputusan mengenai tarikh memulakan latihan selepas itu daripada pihak kementerian.

Dalam pada itu, belaiu yakin para pemain skuad terbabit dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepanjang menjalani sesi latihan kelak. “Pihak kita juga akan sentiasa memantau para pemain sepanjang masa termasuk ketika sesi latihan bagi memastikan mereka mematuhi SOP ditetapkan itu,” ujar Abdillah lagi.

Oleh Faizal Bujang

Continue Reading

Previous: SABA cadangkan gelanggang disanitasi
Next: Musim MotoGP bermula 20 Julai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.