KUCHING: Walaupun Jawaankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak membenarkan ‘dine-in’ bermula semalam, namun ramai lagi warga Kuching yang enggan mengunjungi kedai makan.
Tinjauan oleh Utusan sarawak mendapati kebanyakan kedai makan di Tabuan Tranquility, Tabuan Jaya, Jalan Song, Gala City dan RH Plaza Cuma dikunjungi 5 hingga 20 peratus pelanggan daripada jumlah kapasiti kedai.
Pemilik sebuah kedai makan di Gala City, Encik Tan berkata ini adalah normal untuk orang ramai untuk tidak mengunjungi kedai makan sekarang.
“Namun ini akan kembali normal dalam masa beberapa hari kerana ia telah menjadi satu budaya kepada masyarakat Cina untuk duduk di kedai makan sambil berbual.
“Saya mengalu-alukan keputusan JPBN untuk membenarkan ‘dine-in’ kerana jika tidak, banyak kedai makanan yang terpaksa tutup,” katanya.
Seorang lagi pemilik kedai makan, Puan Liew berkata adalah perlu untuk JPBN untuk memberi lebih banyak ruang untuk kedai makanan beroperasi.
Puan Liew berkata perniagaannya mengalami kemerosotan sebanyak 70 peratus sepanjang musim pandemik ini .
Seorang kerani yang bekerja di kawasan RH Plaza, Wong berkata dia masih belum lagi bersedia untuk ‘dine-in’.
“Saya masih lagi risau dengan pandemik ini dan saya rasa tidak ‘dine-in’ buat masa ini adalah paling baik demi kesihatan sendiri,” kata Wong.
Kebanyakan pemilik kedai berasa lega dine-in dibenarkan sekarang dan berharap perniagaan mereka akan Kembali normal mencecah sekurang-kurangnya 50 peratus selepas ini.
Seorang pelanggan, Alex berasa gembira dapat ‘dine-in’ bersama dengan rakannya.
“Ini satu-satunya cara untuk saya berjumpa dengan kawan-kawan saya,” katanya.
Oleh CONNIE CHIENG