Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Masih akif berlakon, Fauziah Latiff selektif pilih watak
  • HIBURAN

Masih akif berlakon, Fauziah Latiff selektif pilih watak

Utusan Sarawak 3 days ago

PENYANYI dan pelakon legenda Fauziah Latif 54 ketika ditemui pada Majlis Tayangan Perdana telefilem Srikandi terbitan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka, baru-baru ini. Menerusi telefilem arahan Wan Mohd Afzam Wan Daud itu, Fauziah kembali dengan peranan mencabar sebagai seorang sultanah dalam kisah purba berasaskan karya klasik Syair Siti Zubaidah Perang China. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon legenda Fauziah Latiff mengakui jarang menerima tawaran berlakon kerana bersikap selektif dalam memilih watak, selain memberi keutamaan kepada kerjaya nyanyian dan komitmen keluarga.

Fauziah, 54, berkata beliau hanya bersetuju dengan projek yang mempunyai nilai tambah kepada perjalanan seninya dan biasanya cuma satu naskhah setahun.

“Kalau berlakon, saya tengok penceritaan filem atau drama itu. Sebarang kerja yang kita ambil adalah tanggungjawab, jadi kena buat betul-betul dan cuba yang terbaik. Sebenarnya projek selain nyanyian ada saja, cuma saya lebih selektif,” katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Tayangan Perdana telefilem Srikandi terbitan Jabatan Penyiaran Malaysia menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka, baru-baru ini.

Menerusi telefilem arahan Wan Mohd Afzam Wan Daud itu, Fauziah kembali dengan peranan mencabar sebagai seorang sultanah dalam kisah purba berasaskan karya klasik Syair Siti Zubaidah Perang China.

Pelantun Teratai Layu Di Tasik Madu itu berkata walaupun kemunculannya tidak panjang, setiap babak yang digalas cukup berat untuk dijayakan, termasuk perlu mengikuti kelas intensif bahasa, mempelajari asas silat dan membuat kajian watak.

BARISAN pelakon dan petugas yang terlibat dalam penerbitan Telefelem Srikandi pada Majlis Tayangan Perdana telefilem Srikandi terbitan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka, baru-baru ini. Foto BERNAMA

“Sebagai sultanah, kena berhati-hati, tidak keterlaluan, tidak terlalu kuat, tidak terlalu keras, tetapi dikawal. Saya cuba yang terbaik, harap-harap berjayalah,” katanya yang beraksi bersama-sama barisan pelakon Farali Khan, Catriona Ross, Khatijah Tan dan Datuk Fauziah Nawi.

Fauziah yang juga terkenal dengan lagu Gubahan Rindu Puisi Syahdu, berkata beliau tertarik dengan tema telefilem itu yang menonjolkan kekuatan dan kebijaksanaan wanita, selain latar sejarah dan fiksyen era sebelum abad ke-16.

“Kita ada kelas lebih kurang seminggu untuk belajar bertutur dengan betul dari segi tata bahasa. Watak ini juga memerlukan saya bermain dengan riak wajah, gerak tubuh dan mimik muka,” katanya yang turut memaklumkan beliau bakal muncul dalam sebuah filem berunsur kesedaran alam sekitar yang dekat dengan hobinya sebagai penyelam skuba.

Srikandi merupakan drama berskala besar pertama RTM dalam format sinematik dan bakal disiarkan 15 September ini pada 9.00 malam di TV1 serta RTMKlik. Telefilem itu juga akan dihantar ke festival filem antarabangsa.– Bernama

Continue Reading

Previous: Sokongan ibu bapa jadi sumber semangat Amira Othman, Irfan Haris
Next: Yoga, pilates kunci tenaga Inul Daratista

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.