Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Masalah saluran air tersumbat ditangani segera
  • Utara
  • WILAYAH

Masalah saluran air tersumbat ditangani segera

Utusan Sarawak 4 months ago
TURUN PADANG…. Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Steven Kong Kai Seng, turun padang memantau kerja kecemasan di hadapan Meridian Central bagi memastikan tindakan segera diambil untuk mengatasi masalah saliran tersumbat.

BINTULU: Masalah saluran air tersumbat di hadapan Meridian Central di sini susulan hujan berterusan dan kerja-kerja pembaikan jalan, menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut.

Ahli Parlimen Bintulu, Dato Sri Tiong King Sing berkata, pihaknya telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) mengambil langkah kecemasan untuk mengatasi isu itu.

PIHAK kontraktor giat melaksanakan kerja kecemasan di hadapan Meridian Central, termasuk pemasangan paip sementara untuk mengurangkan risiko banjir kilat akibat saliran tersumbat.

“Saluran air di kawasan ini telah tersumbat teruk, menyebabkan air bertakung di jalan raya sejak malam tadi sekali gus melambatkan aliran trafik.

“Sebagai langkah segera, pemasangan paip sementara sedang dijalankan untuk menyalurkan air ke sistem perparitan di sebelah bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau turut memaklumkan bahawa satu lorong dari Medan Jaya menuju ke Meridian Central terpaksa ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja penggalian dan pemasangan saluran dilakukan.

Langkah itu, jelasnya, dijangka dapat mengurangkan risiko banjir kilat dan memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

TANGKAPAN LAYAR rakaman video dikongsikan oleh pengguna jalan raya di Facebook semasa kejadian.

Menurut Tiong, pihak kontraktor telah berada di lokasi dan kerja-kerja kecemasan sedang dilaksanakan secepat mungkin dengan usaha meminimumkan gangguan kepada lalu lintas.

“Kami sedang memantau keadaan sistem saliran di Bintulu dengan teliti, terutama dalam tempoh musim tengkujuh ini.

“Saya menggesa kerjasama dan kesabaran daripada semua pihak sepanjang pelaksanaan kerja-kerja kecemasan ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau juga menzahirkan penghargaan kepada JKR, kontraktor, dan semua pihak yang terlibat atas tindakan pantas mereka dalam menangani situasi tersebut.
Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Replika Kubu Rentap dibina tahun ini
Next: Jumlah mangsa di PPS Saratok kekal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.