Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Masalah projek bekalan air tangguh, minta penjelasan JBALB
  • Utara
  • WILAYAH

Masalah projek bekalan air tangguh, minta penjelasan JBALB

Utusan Sarawak 1 month ago
MENJAMU SELERA… Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bersama isteri, Datuk Dayang Morliah Awang Daud menikmati berbagai juadah tradisi masyatakat Kedayan di Ulu Merapok selepas majlis perasmian blok asrama dan kuarters guru Sekolah Kebangsaan Ulu Merapok dan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Zon Ulu Merapok, petang semalam.

LAWAS: Jabatan Bekalan Air Luar Bandar(JBALB) perlu memberi penjelasan telus berhubung isu projek bekalan air yang tertangguh di Pusat Perkhidmatan Mini Ulu Merapok dan kampung sekitarnya.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata isu ketiadaan bekalan air ini telah menyebabkan operasi perniagaan dan ekonomi lainnya di Pusat Perkhidmatan Mini Ulu Merapok terjejas.

Katanya, beliau telah dijanjikan pihak JBALB bahawa masalah bekalan air ini akan dapat diselesaikan tahun lalu sebaik loji bekalan air bersih berkapasiti 2 Juta Liter Padu (MLD) sehari itu siap untuk ditingkatkan pada 2024 lalu.

“Saya berharap bekalan air akan diselesaikan dengan segera. Saya telahpun diberi taklimat oleh JBALB setelah kita meningkatkan kapasiti loji air di Merapok kepada 2MLD.

“Paip untuk agihan air sudah dipasang, siap semua dan saya diberi taklimat ia akan dapat diselesaikan bukan tahun ini tetapi tahun lepas.

“Ia akan membekalkan air kepada Pusat Perkhidmatan Mini Ulu Merapok dan kampung-kampung sekitarnya. Jadi perkara ini harus dijelaskan oleh pihak JBLAB sebab ia tertangguh,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian blok asrama dan kuarters guru Sekolah Kebangsaan Ulu Merapok dan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Zon Ulu Merapok, petang semalam.

Hadir sama Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Awangku Jinal Abedin Pengiran Jawa, Residen Bahagian Limbang Yunus Tambi, dan Pengarah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) Datu Ubaidillah Latip.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 10 NGO terima peruntukan MRP
Next: Masalah elektrik jejas sesi pembelajaran Tabika: Ahli Parlimen tampil bantu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.