Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Masalah petroleum landa Asia Selatan susulan konflik Asia Barat
  • GLOBAL

Masalah petroleum landa Asia Selatan susulan konflik Asia Barat

Utusan Sarawak 5 hours ago

NEW DELHI: Pengguna dI Asia Selatan dilanda kenaikan harga petroleum susulan perang Amerika Syarikat (AS)-Israel terhadap Iran yang menimbulkan kebimbangan terhadap gangguan bekalan bahan api global.

Kerajaan Pakistan telah menaikkan harga petrol dan diesel sebanyak 77 sen seliter, berkuat kuasa pada Sabtu.

Menteri Petroleum Ali Pervaiz Malik mengumumkan pada sidang media harga petrol baharu ialah RM4.50 (ASD1.15) seliter manakala diesel kini berharga RM4.70.

Barisan panjang dilaporkan di stesen minyak di Pakistan pada Jumaat sebelum harga baharu berkuat kuasa.

Konflik berterusan di Asia Barat membawa kepada kenaikan mendadak harga minyak mentah global dan menyebabkan ketidaktentuan laluan bekalan, memerlukan Pakistan sentiasa memantau stok tenaga, pilihan perolehan dan arah aliran harga, menurut kenyataan Kementerian Kewangan.

Menurut kenyataan itu, harga petrol global meningkat daripada ASD78 setong pada 1 Mac kepada ASD106.8 setong.

“Susulan perkembangan ini dan untuk memastikan rantaian bekalan dan aktiviti ekonomi berfungsi dengan lancar, kerajaan telah memutuskan untuk menaikkan harga petrol dan diesel sebanyak 77 sen seliter , berkuat kuasa tengah malam,” menurut kenyataan itu.

Di Bangladesh, pembelian panik dilaporkan apabila syarikat tenaga kerajaan itu mula mencatu bahan api.

Bangladesh Petroleum Corporation (BPC) berkata pihaknya melaksanakan langkah itu bagi memastikan pengagihan bahan api yang wajar semasa tempoh krisis.

Had harian baharu itu ialah dua liter untuk motosikal, kereta persendirian (10 liter), kenderaan ringan (20-25 liter), bas tempatan (70-80 liter) dan 200-220 liter untuk bas dan trak laluan jauh, lapor media tempatan.

Di India, harga silinder gas petroleum cecair (LPG) seberat 14.2 kilogram untuk kegunaan isi rumah naik 84 sen kepada RM12.78 (ASD9.95), lapor media tempatan pada malam Jumaat.

Menteri Petroleum India Hardeep Singh Puri sebelum ini berkata India akan mempunyai import tenaga tanpa gangguan walaupun berdepan cabaran geopolitik.

“Keutamaan kami adalah untuk memastikan ketersediaan bahan api mampu milik dan mampan untuk rakyat kami, dan kami melakukannya dengan lancar. Tiada kekurangan tenaga di India dan tiada sebab untuk bimbang bagi pengguna tenaga kami,” katanya di X.

Kerajaan AS memberikan India pengecualian sekatan selama 30 hari, yang disebut oleh Setiausaha Perbendaharaan Scott Bessent sebagai “langkah jangka pendek yang disengajakan”, untuk membenarkan syarikat India membeli minyak Rusia yang terkandas di laut ketika masa ini.

Trafik kapal tangki tenaga telah menurun secara mendadak di Selat Hormuz, laluan penting di sempadan selatan Iran yang menjadi laluan sejumlah besar minyak dan gas Asia Barat untuk ke pasaran dunia.

 Iran setakat ini belum menyekat Selat Hormuz dan “tidak berniat untuk berbuat demikian sehingga dimaklumkan kelak”, kata Timbalan Menteri Luar Negeri Iran Saeed Khatibzadeh di New Delhi pada Jumaat.

“Jika kami menutupnya, kami akan mengumumkannya,” katanya.

Konflik Iran lawan AS-Israel menjejaskan pengeluaran minyak dan gas di Iran serta negara-negara Arab di sekitarnya.

Qatar, pengeluar gas asli cecair (LNG) utama, pada Rabu mengisytiharkan force majeure (keadaan di luarkawalan) ke atas eksport gas berikutan Iran bertindak balas terhadap serangan AS-Israel dengan menyerang rejim Zionis dan pangkalan tentera Amerika di rantau itu.

Pengeluar tenaga Arab Teluk akan menghentikan eksport dalam tempoh beberapa minggu jika konflik berterusan, menurut Menteri Tenaga Qatar Saad Al Kaabi.

“Semua pihak yang belum mengumumkan force majeure yang kami jangka akan berbuat demikian dalam beberapa hari akan datang…Semua pengeksport di rantau Teluk perlu mengumumkan force majeure,” katanya kepada Financial Times dalam temu bual yang diterbitkan Jumaat.- Bernama

Continue Reading

Previous: Hampir 15,000 jemaah umrah Indonesia pulang ke tanah air sejak 28 Februari
Next: Arab Saudi di sambung sebahagian penerbangan ke Dubai 7 Mac

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.