Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Masalah Loji Bakun elektrik terputus
  • WILAYAH

Masalah Loji Bakun elektrik terputus

Utusan Sarawak 5 months ago
Empangan Loji Bakun

KUCHING: Gangguan pada Loji Hidroelektrik Bakun telah menyebabkan bekalan elektrik terputus di beberapa kawasan di Kuching, Sibu, Bintulu, dan Miri, petang tadi.

Menurut Sarawak Energy Berhad (SEB) dalam satu kenyataan gangguan bekalan yang berlaku pada jam 12.57 tengah hari itu mula dipulihkan secara berperingkat dari 1.10 petang, dengan hampir semua kawasan menerima semula bekalan pada pukul 2.20 petang. Pemulihan penuh untuk kawasan kediaman selesai 3.11 petang. 

Dalam kenyataan sama, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Sarawak Energy, Ir. James Ung, berterima kasih kepada orang ramai atas kesabaran dan kefahaman mereka ketika pasukan teknikal syarikat bertungkus-lumus memulihkan bekalan. 

“Kami mempunyai bekalan kuasa yang mencukupi untuk menstabilkan grid dan memenuhi permintaan selepas sistem di Bakun pulih. Kami juga telah melancarkan siasatan segera untuk mengenal pasti punca insiden ini,” kata beliau. 

Ir. Ung turut melahirkan rasa kesal atas sebarang kesulitan yang dialami pelanggan semasa gangguan tersebut dan memberi jaminan bahawa Sarawak Energy komited meningkatkan keandalan serta kecekapan sistem bekalan elektrik mereka. 

Sebarang gangguan bekalan elektrik boleh dilaporkan melalui talian 1300-88-3111 atau aplikasi mudah alih ‘SEB Cares’.  

Continue Reading

Previous: Bantu penjawat awam alami kesihatan psikologi
Next: Waspada lakukan aktiviti luar sepanjang musim MTL

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.