Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Masalah kenderaan asing beli RON95 berkurangan
  • BISNES

Masalah kenderaan asing beli RON95 berkurangan

Utusan Sarawak 3 years ago

LABUAN, 18 April -- Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (kiri) menampal pelekat Jualan Malaysia di salah sebuah pasaraya pada sesi Walkabout Program Jualan Malaysia di Kompleks Ujana Kewangan Labuan hari ini. Beliau turut melawat bazar Ramadan Labuan Walk sempena Operasi Pantau KPDNHEP sebelum merasmikan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) petang ini. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

TAMPAL PELEKAT…Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menampal pelekat Jualan Malaysia di salah sebuah pasar raya pada sesi Walkabout Program Jualan Malaysia di Kompleks Ujana Kewangan Labuan kelmarin. • Foto BERNAMA

LABUAN: Masalah kenderaan berdaftar asing mengisi petrol RON95 di Malaysia kini telah reda selepas pihak berkuasa mengeluarkan amaran terhadap berhubung perkara itu, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

“Sebelum ini, sejurus selepas pembukaan semula sempadan negara, ramai kalangan mereka (warga asing) bergegas (untuk mengisi minyak dalam negara), tetapi selepas kita ingatkan mereka (pengusaha stesen minyak), nampaknya masalah itu berkurangan.

“Kita sangat bergantung kepada pengusaha (stesen minyak) untuk membantu kerajaan memastikan RON95 hanya dijual kepada rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas melawat premis perniagaan di Kompleks Financial Park di sini hari ini.

Beliau berkata pihak kementerian telah menerima aduan daripada orang ramai mengenai kenderaan berdaftar asing membeli RON95 di negeri-negeri sempadan selepas Malaysia membuka semula sempadannya pada 1 April selepas ditutup selama kira-kira dua tahun akibat pandemik Covid-19.

“Kerajaan memberikan subsidi yang tinggi bagi penjualan petrol RON95. Oleh itu, ia sepatutnya hanya dijual kepada kenderaan berdaftar di Malaysia,” tambahnya.

Beliau berharap warga asing memahami bahawa subsidi itu bertujuan untuk meringankan beban rakyat Malaysia sahaja.

Sejak 1 Ogos 2010, kenderaan berdaftar asing dibenarkan membeli hanya petrol RON97 sahaja di Malaysia. – Bernama

Continue Reading

Previous: Majoriti pengguna ingin tahu
Next: Malaysia perkukuh kerjasama ekonomi dengan Thailand

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.