Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Masa operasi sempadan dilanjut, Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Limbang
  • TEMPATAN

Masa operasi sempadan dilanjut, Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Limbang

Utusan Sarawak 3 days ago
MENTERI yang bertanggungjawab bagi sambutan Perayaan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-17 Peringkat Sarawak 2025, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn.

LIMBANG: Masa operasi di sempadan bakal dilanjutkan sepanjang tempoh sambutan Perayaan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ke-17 Peringkat Sarawak 2025 yang diadakan di Limbang bermula 11 hingga 15 Jun ini.

Menteri yang bertanggungjawab bagi sambutan Perayaan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-17 Peringkat Sarawak 2025, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata perkara itu sudah dibincangkan bersama pihak Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak (JIMS) untuk memudahkan pengunjung termasuk dari negara Brunei bersama-sama memeriahkan sambutan itu.

Roland yang juga Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) berkata pelbagai persiapan rapi sudah dijalankan termasuk aspek keselamatan melibatkan agensi berkaitan bagi memastikan sambutan berjalan lancar.

“Pihak yang beroperasi di sempadan adalah pihak JIMS dan pihak keselamatan akan membuat persediaan termasuk lanjutan masa operasi di sempadan yang sedang diusahakan,” katanya pada sidang media sambutan Perayaan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-17 Peringkat Sarawak 2025 di sebuah hotel terkemuka di Limbang hari ini.

Dalam perkembangan lain, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Negara Brunei Darussalam dalam kenyataannya berkata permohonan bagi pelanjutan tempoh operasi pos kawalan bagi sambutan Hari Gawai Dayak dan Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 Peringkat Sarawak akan dimaklumkan kemudian.

Oleh Adeng Edrus

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: PDRM Bukit Aman tinjau logistik, kawalan sempadan di Ba’kelalan
Next: Cadangan sekolah berkelompok di Sarawak akan dikemukakan kepada KPM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.