Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Masa depan Harimau Malaya cerah di bawah bimbingan Cklamovski – Cheng Hoe
  • SUKAN

Masa depan Harimau Malaya cerah di bawah bimbingan Cklamovski – Cheng Hoe

Utusan Sarawak 6 hours ago
KETUA Jurulatih Bola Sepak Kebangsaan Peter Cklamovski (kanan) bersama Pengarah Teknikal Skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe (kiri) ketika mengadakan sidang media pengumuman senarai pemain ke Kem Latihan Pusat Skuad Harimau Malaya di Wisma FAM hari ini. -Foto Bernama.

PETALING JAYA: Pengarah Teknikal Harimau Malaya Tan Cheng Hoe meluahkan rasa bangga selepas kembali menyertai skuad kebangsaan yang kini sedang melalui proses transformasi di bawah bimbingan ketua jurulatih Peter Cklamovski.

Cheng Hoe yang kembali ke pangkuan skuad kebangsaan dengan memikul tugas baharu bulan lepas berkata perbincangan bersama Cklamovski meyakinkan beliau mengenai hala tuju jangka panjang yang jelas untuk mengangkat mutu bola sepak Malaysia di semua peringkat.

Bekas ketua jurulatih Selangor FC berusia 56 tahun itu berkata program pembangunan jangka panjang skuad kebangsaan bergantung kepada pembangunan pemain muda yang berkesan, terutamanya dalam kalangan pemain Bawah 23 Tahun (B-23) hingga Bawah 18 Tahun (B-18).

“Sebahagian daripada tugas saya ialah membantu jurulatih mencari pendekatan terbaik yang sesuai dengan gaya permainan skuad kebangsaan. Pada masa sama, kita mesti menyuntik semangat dalam kalangan pemain muda untuk memasang impian menyarung jersi negara.

“Bukan mudah untuk disenaraikan dalam skuad kebangsaan ketika ini, namun sebagai jurulatih di beberapa peringkat umur, kita perlu tanamkan cita-cita itu dalam diri mereka,” katanya pada sidang media pengumuman senarai pemain Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.

Cheng Hoe yang pernah membawa Malaysia ke final Piala AFF 2018 ketika menjadi ketua jurulatih sebelum ini, yakin skuad negara berada di landasan tepat di bawah bimbingan Cklamovski dan optimis dengan masa depan Harimau Malaya.

Bulan lepas, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub mengumumkan pelantikan Cheng Hoe, sekali gus menandakan ‘kepulangan’ beliau ke pangkuan pasukan negara selepas melepaskan jawatan ketua jurulatih pada awal Januari 2022.

-Bernama

Continue Reading

Previous: Sepak Takraw Piala Asia: Regu Malaysia, Thailand jumpa di final malam ini
Next: Regu Malaysia juara Piala Asia 2025, tewaskan Thailand 2-0

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.