Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • MAS sambung semula operasi penerbangan ke Jeddah, Madinah bermula 8 Mac
  • SEMASA

MAS sambung semula operasi penerbangan ke Jeddah, Madinah bermula 8 Mac

Utusan Sarawak 7 hours ago
MALAYSIA Airlines akan menyambung semula operasi penerbangan ke Jeddah dan Madinah bermula 8 Mac 2026 selepas tempoh perkhidmatan terhad susulan penutupan ruang udara serantau. Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: AMAL, unit haji dan umrah Malaysia Airlines akan menyambung semula operasi seperti biasa ke Jeddah (JED) dan Madinah (MED) berkuat kuasa 8 Mac 2026, selepas tempoh perkhidmatan terhad akibat penutupan ruang udara serantau.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan hari ini berkata, perkhidmatan ke Doha (DOH) akan kekal digantung sehingga 13 Mac 2026 bagi menilai situasi keselamatan.

Penumpang bagaimanapun dinasihatkan mengemas kini butiran hubungan masing-masing melalui ‘My Booking’ untuk menerima maklumat terkini dengan segera.

Bantuan juga disediakan melalui sokongan khidmat sembang langsung di laman sesawang atau menghubungi Pusat Perhubungan Global Malaysia Airlines di 1 300 88 3000 (dalam Malaysia) atau +603 7843 3000 (luar Malaysia).

Malaysia Airlines berkata pihaknya terus memantau perkembangan dengan teliti dan akan mengambil semua langkah perlu bagi memastikan operasi yang selamat dan boleh dipercayai.

Syarikat itu berkata keselamatan penumpang dan kru kekal sebagai keutamaan pihaknya. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kemas Kini: Pergerakan tanah cetus tanah runtuh di Kampung Bukit Kota
Next: SEDC perkukuh kebajikan masyarakat melalui sumbangan Ramadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.