Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Marudi patuh, tiada Bazar Ramadan
  • TEMPATAN

Marudi patuh, tiada Bazar Ramadan

Utusan Sarawak 5 years ago

 JIKU JUGUONG

MARUDI : Walikota Majlis Daerah Marudi (MDM), Kaunselor Edward Mendai berkata majlis tempatan turut mengambil langkah untuk tidak melaksanakan bazaar Ramadan Tahun ini.

Katanya hasil  perbincangan dengan pihak MDM, Ketua Masyarakat Melayu Pemanca Jamel Sabil dan Penghulu Haji Edrews tempoh hari bersetuju untuk tidak melaksanakan Bazar Ramadan tahun ini.

Katanya selagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, pihaknya akan patuh arahan pihak atasan baik diperingkat negeri mahupun Persekutuan meskipun Daerah Marudi berstatus Zon hijau atau bebas Covid-19.

Jelasnya semua pihak perlu berwaspada daripada wabak Covid-19 ini kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

Bagaimanapun kepada yang masih mahu berniaga musim bulan Ramadan, mereka boleh mencuba inisiatif lain, sama ada menawarkan perkhidmatan atas  talian dan sebagainya.

Mengulas mengenai perkara ini  Jamel berkata Bazae Ramadan tidak akan dilaksanakan sebagai langkah untuk membendung penularan Covid-19, selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain,  Setiausaha Majlis Daerah Marudi, Lolita Jaime Nicholas dalam kenyataannnya berkaitan operasi semasa PKP Tahap 2, pihak MDM membenarkan semua kedai perkakasan, penjualan kedai input pertanian dan kedai menjual alat tukar ganti dibenarkan dibuka dua kali seminggu iaitu pada hari Selasa dan Khamis dari jam 7.00 pagi dingga jam 7.00 petang sahaja.

Tambahnya sepanjang tempoh operasi,  para pengusahadikehendaki memastikan pengunjung dan pekerja mengamalkan penjarakkan sosial dan langkah keselamatan yang tinggi seperti memakai penutup mulut dan menyediakan cecair pembersih kuman.

Katanya tindakan akan diambil  sekiranya didapati pelanggaran arahan sepanjang PKP dikuatkuasakan.

Continue Reading

Previous: 12 gelandangan diselamatkan bendung Covid-19
Next: QMUNITY kesan pergerakan orang ramai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.