Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Martin Looi tafsir semula lagu-lagu ikonik dalam album baharu Velvet Alibi
  • HIBURAN

Martin Looi tafsir semula lagu-lagu ikonik dalam album baharu Velvet Alibi

Utusan Sarawak 4 hours ago

MARTIN Looi tampil berani dengan Velvet Alibi tafsiran semula lagu ikonik seperti “Standing In The Eyes Of The World”, “Golden” dan karya Kate Bush dalam nuansa biola sinematik yang lebih gelap dan memukau.

KUALA LUMPUR: Pemain biola Martin Looi melancarkan album baharu berjudul Velvet Alibi, yang disifatkannya sebagai evolusi seni lebih berani dan turut memperkukuh kedudukannya dalam muzik instrumental kontemporari.

Album lapan lagu yang dilancarkan pada 25 Mac itu menampilkan tafsiran semula moden beberapa lagu terkenal seperti “Standing In The Eyes Of The World” nyanyian Ella, “Golden” daripada filem animasi K-Pop: Demon Hunters  serta “Running Up That Hill (A Deal with God)” oleh Kate Bush.

Walaupun mengandungi elemen yang dikenali, album ini kekal sebagai karya asli dengan biola sebagai teras, menampilkan bunyi lebih gelap dan sinematik, berbeza daripada gaya pop ceria dalam karya terdahulu beliau.

“Album ini adalah sebagai usaha saya untuk keluar dari zon selesa. Saya mahu meneroka potensi biola apabila digandingkan dengan nuansa sinematik yang lebih kasar serta mencari keindahan pada sisi bunyi lebih gelap yang saya gemari,” kata Looi dalam kenyataan hari ini.

Artis yang juga komposer dan penerbit itu turut menggambarkan konsep Velvet Alibi  sebagai “misteri elegan”, menggabungkan gaya mewah dengan emosi mendalam yang berpaksikan pada gaya instrumental kontemporari sinematik.

Dilatih dalam muzik klasik sejak kecil, Looi dikenali kerana menggabungkan unsur hip-hop, R&B, pop dan elektronik dalam karyanya, sekali gus menjadikan biola sebagai instrumen utama moden bukan sekadar suara latar dalam orkestra.

Tidak terikat dengan kerja-kerja di studio, artis ini turut  membuat persembahan di acara-acara besar dan pentas antarabangsa, meraih pengiktirafan menerusi persembahan yang mempesona. – Bernama

Continue Reading

Previous: Konsert kemunculan semula BTS raih 18.4 juta tontonan, tertinggi carta Netflix

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.