Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Martha Stewart jadi selebriti terbaharu melabur dalam Swansea
  • SUKAN

Martha Stewart jadi selebriti terbaharu melabur dalam Swansea

Utusan Sarawak 6 hours ago
MARTHA Stewart ketika menghadiri tayangan perdana Netflix The New Yorker At 100 di The Paris Theatre, New York City. – AFP

LONDON: Pakar gaya kehidupan terkenal dari Amerika Syarikat Martha Stewart, kini menjadi pemegang saham minoriti kelab bola sepak Kejuaraan, Swansea.

Stewart menyertai penyanyi rap Snoop Dogg dan pemain tengah Croatia, Luka Modric, sebagai pelabur berprofil tinggi dalam pasukan Wales yang kurang mendapat perhatian itu.

Pengacara televisyen dan penulis berusia 84 tahun itu hadir menyaksikan kemenangan Swansea ke atas Wrexham pada Jumaat lalu.

Pemilik majoriti Swansea, Brett Cravatt dan Jason Cohen, berkata:
“Saya pasti ramai antara anda menyedari bahawa Martha Stewart hadir pada Jumaat lalu.

“Martha ialah rakan rapat Snoop Dogg dan beliau hadir ke perlawanan menentang Wrexham sebagai tetamu kami.

“Kami amat berbesar hati untuk mengesahkan bahawa Martha, yang telah membina kerjaya panjang dan berjaya sebagai pakar pengurusan rumah tangga dan gaya hidup terkemuka Amerika, kini mengikut jejak Snoop dan Luka Modric sebagai pemilik saham minoriti kelab bola sepak kami.”

Stewart ialah seorang ahli perniagaan bilionair yang membina kejayaannya dalam industri pengurusan rumah tangga dan gaya hidup.

Swansea berhasrat meningkatkan profil kelab serta menjana lebih banyak pendapatan, sekali gus membolehkan mereka berbelanja lebih untuk mendapatkan pemain baharu di bawah peraturan keuntungan dan kelestarian.

Bekas bintang Real Madrid, Modric, yang kini beraksi bersama AC Milan, melabur dalam Swansea pada April, manakala legenda rap Snoop Dogg menyertai pelaburan itu pada Julai.

“Kami amat teruja mengalu-alukan kehadiran Martha, dan kami yakin pengalaman menyaksikan perlawanan malam Jumaat secara langsung hanya meningkatkan semangat dan keterujaannya untuk menjadi sebahagian daripada Swansea City,” kata Cravatt dan Cohen.

Swansea kini berada di tangga ke-19 Liga Divisyen Kedua England dan akan bertandang ke gelanggang pendahulu liga, Coventry, dalam perlawanan seterusnya pada Jumaat. – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Jeddah jadi tuan rumah peringkat akhir Liga Juara-Juara Elit AFC 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.