Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Marsyal tulang belakang sukan permotoran
  • SUKAN

Marsyal tulang belakang sukan permotoran

Utusan Sarawak 22 hours ago
DATO Ahmad Dato Sri Ibrahim (tiga kanan) merakam gambar kenang-kenangan bersama para penerima Sijil Kursus Asas Marsyal Perlumbaan Negeri Sarawak di Stadium Negeri, hari ini. Foto Amanda L

PETRA JAYA: Peranan marsyal dalam sukan permotoran adalah penting dan tidak ternilai, meskipun sering kali terpinggir di sebalik tumpuan yang diberikan kepada pelumba dan jentera di litar.

Presiden Persatuan Sukan Permotoran Negeri Sarawak (SMA), Dato Ahmad Dato Sri Ibrahim berkata, marsyal bukan sekadar pegawai teknikal, malah tulang belakang kepada kelancaran dan keselamatan sesebuah perlumbaan.

“Saya difahamkan kursus ini merangkumi konsep asas serta peranan seorang marsyal, alat komunikasi, sistem bendera dan peralatan kecemasan, simulasi litar serta praktikal yang menyerupai senario perlumbaan sebenar,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Kursus Asas Marsyal Perlumbaan Negeri Sarawak di Stadium Negeri, hari ini.

Beliau menambah, kursus yang dijalankan walaupun dalam tempoh singkat, tetap memberi asas kukuh kepada para peserta dan berpotensi untuk ditambah baik dari semasa ke semasa.

Peserta yang lulus kursus tersebut akan menerima lesen marsyal rasmi daripada Motorsports Association of Malaysia (MAM) yang sah digunakan di seluruh negara serta sijil pengiktirafan daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (JBS). 

Peserta lain tetap diberi sijil kehadiran dan digalakkan mencuba semula pada tahun hadapan.

Selain itu, Ahmad turut menekankan komitmen SMA dalam membangunkan ekosistem sukan permotoran secara menyeluruh di Sarawak.

“Sarawak kini bangkit sebagai kuasa baharu dalam arena sukan permotoran, bukan sahaja sebagai penganjur acara tetapi juga dalam aspek latihan, pembangunan atlet dan penambahbaikan keselamatan,” jelasnya.

Menurut beliau, usaha melahirkan pelumba perlu disertai dengan pembangunan barisan masa, pegawai teknikal dan jurulatih profesional bagi menyokong pertumbuhan industri sukan permotoran di negeri ini.

Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap masa depan sukan permotoran Sarawak yang semakin cerah dan menjangkakan ramai peserta kursus akan terlibat dalam pertandingan utama akan datang seperti Borneo Star Drift Series 2025 dan Borneo Extreme Motocross Challenge 2025.

Beliau turut memaklumkan perancangan untuk menghantar cadangan penganjuran beberapa lagi kejohanan baharu seperti Drag Race, Go Kart dan cabaran 4×4 kepada MAM dan SMA bagi pertimbangan seterusnya.

Oleh Amanda L

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Tengku Zafrul mampu bantu BAM realisasi impian emas Olimpik
Next: Piala Asia 2025: Malaysia tewaskan Jepun, ungguli kumpulan B acara kuadran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.