Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Maritim tahan dua bot tunda, tongkang bersama 11 kru di Tanjung Jerijeh
  • JENAYAH

Maritim tahan dua bot tunda, tongkang bersama 11 kru di Tanjung Jerijeh

Utusan Sarawak 11 months ago
DITAHAN…. Bot tunda dan tongkang bersama kru ditahan kerana disyaki melakukan perlanggaran undang-undang di laut.
FotoAPMM Tanjung Manis

TANJUNG MANIS: Dua bot tunda bersama tongkang ditahan lebih kurang 1.8 batu nautika dan 1.7 batu nautika selatan Tanjung Jerijeh awal pagi semalam kerana disyaki melakukan perlanggaran undang-undang di laut.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Gilbert Tinggak Numpang berkata, pada jam lebih kurang 12.02 pagi, bot ronda Zon Maritim Tanjung Manis dalam rondaan Op Permai dan Op Tiris telah mengesan dua bot tunda dan tongkang yang mencurigakan bergerak keluar dari Muara Batang Rajang.

“Hasil pemeriksaan ke atas kedua-dua bot tunda tersebut mendapati terdapat empat kru tempatan dan tujuh kru warganegara India termasuk tekong berumur lingkungan 21 tahun hingga 64 tahun melakukan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967.

“Ini kerana disyaki gagal mengemukakan dokumen pelepasan pelabuhan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana tiada sijil penguntukan radas.

“Bot tunda dan tongkang beserta kru ditahan seterusnya di bawa ke Jeti Terminal Penumpang Tanjung Manis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, malam tadi.

Gilbert berkata Maritim Malaysia menyarankan kepada semua komuniti maritim agar mematuhi segala peraturan dan undang-undang sebelum, semasa dan selepas melakukan sebarang aktiviti di laut.

“Maritim Malaysia amat mengalu-alukan penyaluran maklumat serta aduan daripada seluruh komuniti maritim.

“Laporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang dilaut dan kegiatan yang mencurigakan termasuk kes-kes kecemasan atau kemalangan di laut secara terus ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Tanjung Manis di talian 011-35728765 yang beroperasi 24 jam,” katanya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Polis tahan dua suspek kes curi kereta
Next: Kanak-kanak lima tahun maut didera, suami isteri ditahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.