Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Maritim tahan BNA ceroboh perairan Sarawak
  • TEMPATAN

Maritim tahan BNA ceroboh perairan Sarawak

Utusan Sarawak 5 years ago
SITA… Bot yang digunakan oleh sekumpulan nelayan asing disita selepas didapati menceroboh perairan Sarawak.

BINTULU: Maritim Malaysia Negeri Sarawak menahan sebuah Bot Nelayan Asing (BNA) ketika bot terbabit dikesan menceroboh di perairan Sarawak pada jarak 113 batu nautika utara Tanjung Kidurong, Bintulu, kira-kira 12.30 tengah hari, semalam.

Pemangku Pengarah Maritim Zon Bintulu, Komander Maritim Effendy Mohamed Fadil berkata, semua 16 kru vesel termasuk tekong warganegara Vietnam, lelaki yang berusia antara 27 sehingga 55 tahun ditahan oleh sepasukan anggota Maritim Malaysia dari Kapal Maritim Sri Aman yang melaksanakan Op Naga Timur.

“Semasa ditahan, vesel dan kru nelayan asing tersebut sedang melakukan aktiviti perikanan dengan menggunakan cara selaman,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut menemui hasil tangkapan laut iaitu ikan campur, manakala tekong dan dua orang awak-awak gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran untuk memasuki negara ini.

“Bot dan semua kru ditahan dan diiringi masuk ke Bintulu untuk siasatan lanjut dan menjalani ujian saringan Covid-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia,” ujarnya.

Jelas beliau, bot beserta peralatan dan hasil tangkapan dengan anggaran RM1 juta telah disita oleh pihak Maritim Malaysia bagi membantu siasatan.

Tambahnya, kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana tidak mempunyai kebenaran untuk melakukan sebarang aktiviti perikanan di perairan negara dan Akta Imigresen 1959/63 kerana tekong serta kru tidak mempunyai sebarang dokumen kebenaran untuk memasuki negara.

“Pihak Maritim Malaysia kini meningkatkan kawalan dan rondaan penguatkuasaan bagi membanteras pencerobohan nelayan asing,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai maklumat jenayah atau kecemasan di laut diminta untuk menghubungi MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu di talian 086-314254.  

Oleh Ellie Edward

Continue Reading

Previous: Buka akaun bank untuk mudahkan pembayaran
Next: PKPP: Masih ramai abai SOP?

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.