Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Maritim Malaysia, PKPS Berganding Bahu Perkukuh Keselamatan Perairan Sarawak
  • TEMPATAN

Maritim Malaysia, PKPS Berganding Bahu Perkukuh Keselamatan Perairan Sarawak

Utusan Sarawak 4 hours ago
RAKAMAN gambar kenangan semasa pemeteraian Nota Kerjasama Strategik di Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS), Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak, Kuching.

KUCHING: Agensi Penguatkuasaan Maritim (Maritim Malaysia) Sarawak menjalin kerjasama strategik dengan Persatuan Komuniti Pemancing Sarawak (PKPS) bagi memperkukuh keselamatan maritim.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim, Mohd Khairi Abdul Aziz berkata, komuniti pemancing merupakan rakan strategik dalam memperkukuh jaringan keselamatan maritim di peringkat akar umbi.

“Komuniti pemancing merupakan antara kelompok masyarakat yang paling hampir dengan persekitaran maritim dan mempunyai pengetahuan mendalam mengenai keadaan perairan tempatan.

“Melalui kerjasama ini, mereka bukan sahaja berperanan sebagai mata dan telinga Maritim Malaysia, malah menjadi rakan strategik dalam mempercepatkan penyaluran maklumat berkaitan kecemasan, kemalangan serta aktiviti yang menyalahi undang-undang di laut.

“Keselamatan maritim memerlukan penglibatan aktif seluruh komuniti bagi memperkukuh kesiapsiagaan serta melindungi keselamatan dan kedaulatan perairan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nota Kerjasama Strategik itu dimeterai di Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS), Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak semalam.

Kerjasama itu merangkumi perkongsian maklumat, program kesedaran keselamatan maritim, latihan keselamatan di laut serta aktiviti kemasyarakatan.

Ia turut melibatkan penubuhan dan pengiktirafan Pasukan Sukarelawan Carilamat Maritim Negeri Sarawak yang dianggotai ahli PKPS.

Pasukan berkenaan akan membantu Maritim Malaysia menyalurkan maklumat awal berkaitan kecemasan, kemalangan dan operasi mencari serta menyelamat (SAR), terutama di kawasan pesisir pantai, muara sungai dan lokasi tumpuan pemancing.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Penubuhan Unit DEE bukti kerajaan Sarawak iktiraf peranan, hak wanita
Next: “Boleh dibawa ke Kabinet jika lambat bertindak”,  Karim gesa percepat bina semula Rumah Panjang Bidayuh SCV

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.