Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Marcos arah semua setiausaha kabinet letak jawatan selepas pilihan raya
  • GLOBAL

Marcos arah semua setiausaha kabinet letak jawatan selepas pilihan raya

Utusan Sarawak 6 hours ago

MANILA: Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos meminta semua setiausaha kabinet mengemukakan peletakan jawatan secara hormat susulan prestasi buruk calon pentadbiran dalam pilihan raya pertengahan penggal pada 12 Mei lepas, menurut Pejabat Komunikasi Presiden (PCO) pada Khamis, lapor Xinhua.

Menurut PCO, rombakan itu “bertujuan memberi ruang kepada presiden untuk menilai prestasi setiap jabatan dan menentukan siapa yang akan terus berkhidmat selaras dengan keutamaan baharu pentadbirannya yang disusun semula.”

“Tindakan ini menandakan peralihan jelas daripada fasa awal tadbir urus kepada pendekatan yang lebih fokus dan berorientasikan prestasi,” kata PCO.

PCO turut memberi jaminan bahawa perkhidmatan kerajaan akan terus berjalan seperti biasa sepanjang tempoh peralihan itu.

Marcos dipilih sebagai presiden pada 2022 dan mempunyai tiga tahun lagi untuk menamatkan penggal enam tahunnya yang berakhir pada 2028.

Dalam pilihan raya baru-baru ini, hanya enam calon senator yang disokong Marcos memenangi kerusi senat – satu pencapaian yang tidak memenuhi jangkaan.– Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Pihak berkuasa persaingan Switzerland arah Booking.com kurangkan kadar komisen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.