Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Maraton Sarawak Energy 2026 buka pendaftaran awal hingga esok
  • SUKAN

Maraton Sarawak Energy 2026 buka pendaftaran awal hingga esok

Utusan Sarawak 5 hours ago
PENDAFTARAN awal kini dibuka sehingga esok dan orang ramai digalakkan mendaftar lebih awal untuk menikmati kadar yuran istimewa serta menjamin slot penyertaan.

KUCHING: Acara larian utama anjuran Sarawak Energy kini memasuki fasa baharu apabila Sarawak Energy Isthmus Run dijenamakan semula sebagai Maraton Sarawak Energy, sekali gus memperkukuh kedudukannya sebagai antara acara sukan larian utama di Sarawak.

Penjenamaan semula ini mencerminkan perkembangan acara berkenaan yang bukan sahaja mempromosikan gaya hidup sihat tetapi turut menarik penyertaan pelari dari dalam dan luar negara, sekali gus memajukan pelancongan sukan di negeri ini.

Sejak diperkenalkan pada 2013, acara tersebut terus mendapat sambutan hangat daripada komuniti pelari. Pada edisi 2025, hampir 6,000 peserta daripada Malaysia dan 14 negara lain termasuk Australia, China, Indonesia, Kenya, Belanda dan Singapura mengambil bahagian.

Sarawak Energy Marathon dijangka menarik lebih ramai pelari kompetitif dan rekreasi, selain mengukuhkan Sarawak sebagai destinasi acara sukan komuniti yang meriah.

Acara larian tersebut dijadualkan berlangsung pada 9 Ogos 2026 dan merupakan ahli rasmi Persatuan Maraton dan Larian Jarak Jauh Antarabangsa, selaras piawaian antarabangsa bagi larian jarak jauh.

PENDAFTARAN awal kini dibuka sehingga esok dan orang ramai digalakkan mendaftar lebih awal untuk menikmati kadar yuran istimewa serta menjamin slot penyertaan.

Pengerusi Penganjur Maraton Sarawak Energy yang juga Naib Presiden Kanan Kontrak dan Perolehan Sarawak Energy, Yusri Safri berkata penjenamaan semula itu menandakan satu pencapaian penting.

“Penjenamaan semula ini mencerminkan pertumbuhan signifikan dari segi skala dan impak komuniti sejak ia diperkenalkan pada 2013. Kami menjemput pelari daripada semua peringkat, sama ada profesional atau peserta kali pertama, untuk menyertai kami pada 9 Ogos 2026,” katanya dalam kenyataan media.

Pendaftaran awal kini dibuka sehingga esok dan orang ramai digalakkan mendaftar lebih awal untuk menikmati kadar yuran istimewa serta menjamin slot penyertaan.

PENDAFTARAN awal kini dibuka sehingga esok dan orang ramai digalakkan mendaftar lebih awal untuk menikmati kadar yuran istimewa serta menjamin slot penyertaan.

Empat kategori dipertandingkan iaitu maraton penuh 42 kilometer, separuh maraton 21 kilometer, larian kompetitif 10 kilometer dan larian santai 5 kilometer.

Edisi 2026 menawarkan jumlah hadiah keseluruhan sebanyak RM185,500, dengan pemenang tempat pertama kategori terbuka lelaki dan wanita bagi maraton penuh masing-masing berpeluang membawa pulang sehingga RM10,000.

Selaras matlamat berteraskan komuniti, semua hasil yuran penyertaan akan disalurkan kepada badan kebajikan untuk menyokong inisiatif sosial dan memperkasakan komuniti di seluruh Sarawak.

Orang ramai yang berminat boleh mendaftar sebelum esok melalui laman web rasmi acara tersebut.

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: ACC 2026: Nurul Izzah Izzati sedia berdepan juara dunia
Next: TRD Serian juara Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Piala YB Mohamad Duri 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.