Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Maraton Bintulu 2026 dijadual berlangsung 2 Ogos
  • SUKAN

Maraton Bintulu 2026 dijadual berlangsung 2 Ogos

Utusan Sarawak 15 hours ago
DATU Muhamad Yakup Kari menyampaikan ucapan semasa sidang media Maraton Bintulu 2026 di Wisma Bintulu petang tadi.

BINTULU: Maraton Bintulu 2026 bakal kembali pada 2 Ogos ini dengan pelbagai penambahbaikan melibatkan kemudahan peserta, laluan perlumbaan dan pengurusan acara bagi memastikan penganjuran yang lebih teratur serta selesa.

Perkara itu dimaklumkan dalam sidang media Maraton Bintulu 2026 yang diadakan di Wisma Bintulu, petang tadi.

Menurut Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Datu Muhamad Yakup Kari, beberapa penambahbaikan telah dilaksanakan termasuk penyediaan laluan perlumbaan yang lebih menarik dengan pemandangan kawasan pesisir pantai serta lokasi utama sekitar bandar Bintulu.

RASMI..Rekaan baju rasmi mengikut kategori dan laluan rasmi Maraton Bintulu 2026 telah diperkenalkan.

Katanya, Maraton Bintulu 2026 akan mempertandingkan beberapa kategori iaitu maraton penuh (42 kilometer), separuh maraton (21 kilometer), larian 10 kilometer, larian 6 kilometer serta larian santai bagi memberi peluang penyertaan kepada semua lapisan masyarakat termasuk pelari profesional dan peserta rekreasi.

Selain itu, kemudahan peserta turut dipertingkatkan menerusi penambahan stesen hidrasi pada setiap 2.5 kilometer, kawasan rehat yang lebih selesa, tandas mudah alih tambahan, ruang menunggu peserta yang lebih luas serta sistem kawalan trafik yang lebih teratur sepanjang acara berlangsung.

“Semangat kesukanan, gaya hidup sihat dan perpaduan komuniti menjadi fokus utama penganjuran Maraton Bintulu tahun ini.

GANJARAN wang tunai kepada bakal pemenang Maraton Bintulu 2026.

“Kita mahu acara ini bukan sahaja menjadi platform sukan, malah mampu mengeratkan hubungan masyarakat serta mempromosikan Bintulu ke peringkat lebih luas,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa edisi kali ini memberi penekanan terhadap aspek kelestarian alam sekitar menerusi penggunaan kit perlumbaan digital, pengurangan penggunaan plastik sekali guna serta amalan pengasingan sisa sepanjang acara berlangsung.

Katanya, langkah tersebut selari dengan usaha penganjur menjadikan Maraton Bintulu sebagai acara sukan yang lebih mesra alam dan mampan, di samping meningkatkan pengalaman peserta serta pengunjung.

“Maraton Bintulu bukan sekadar acara larian, tetapi simbol kebersamaan, semangat juang dan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat,” tambahnya.

Selain acara larian, pengunjung turut disediakan pelbagai aktiviti sampingan termasuk reruai pameran, jualan makanan dan persembahan kebudayaan bagi memeriahkan program tersebut.

Pihak penganjur turut menyasarkan penyertaan lebih ramai peserta berbanding tahun sebelumnya termasuk dari dalam dan luar negara, sekali gus mempromosikan Bintulu sebagai destinasi acara sukan berprestij di Sarawak.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh mengikuti laman rasmi Maraton Bintulu di Facebook, Instagram dan TikTok.

Oleh Faizah Muzidi

Continue Reading

Previous: Aaron-Wooi Yik yakin pertahan kejuaraan Terbuka Singapura

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.