Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • MARA sasar tubuh hospital, kukuh ekosistem Bumiputera dalam sektor perubatan
  • KESIHATAN

MARA sasar tubuh hospital, kukuh ekosistem Bumiputera dalam sektor perubatan

Utusan Sarawak 13 hours ago
RASMI… Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menandatangani plak khas pada perasmian Klinik U.N.I , Klinik Metrocity, hari ini. Foto BERNAMA

KUCHING: Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan untuk memperluas perkhidmatan kesihatan kendaliannya menerusi cadangan penubuhan Hospital MARA dalam usaha memperkasakan penglibatan Bumiputera dalam sektor perubatan dan keusahawanan profesional.

Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata cadangan itu adalah kesinambungan daripada kejayaan rangkaian klinik kendalian MARA seperti UNI Klinik, UNI Dental dan UNI Farmasi yang kini mempunyai 140 cawangan di seluruh negara.

“Kita sudah ada klinik. Apa salahnya satu hari nanti kita mempunyai Hospital MARA juga,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian UNI Klinik Metrocity di sini hari ini.

DATUK Dr Asyraf Wajdi Dusuki (kiri) melihat prasarana kelengkapan merawat pesakit pada perasmian Klinik U.N.I, Klinik Metrocity, hari ini. Foto BERNAMA

Beliau berkata MARA mempunyai kelebihan dari segi ekosistem lengkap merangkumi pendidikan seperti UniKL Royal College of Medicine Perak di Ipoh yang menawarkan kursus perubatan dan farmasi serta program pembiayaan pelajar ke luar dan dalam negara.

Asyraf Wajdi berkata MARA berhasrat mengumpulkan semua lapisan pelajar, alumni, pengusaha dan pelabur dalam satu ekosistem strategik yang dinamakan ‘Ekosistem MARA 2.0.’

“Sudah tiba masanya kita kumpulkan mereka yang pernah menerima manfaat daripada MARA dalam satu jaringan usahawan dan pelaburan Bumiputera menyeluruh.

“Pencapaian Bumiputera harus diukur melalui Agenda 3P, iaitu Penyertaan dengan memastikan lebih ramai Bumiputera terlibat dalam sektor strategik.

“Kedua adalah Pemilikan dengan meningkatkan hak milik aset, syarikat dan perniagaan dalam kalangan Bumiputera. Ketiga adalah Penguasaan dengan menjadikan Bumiputera sebagai pemain dominan dalam sektor ekonomi bernilai tinggi seperti perubatan dan teknologi.

“Kita tidak boleh hanya bangga dengan berapa ramai doktor kita hasilkan. Kita mesti ukur berapa ramai doktor kita boleh jadi usahawan, dan seterusnya jadi pengeluar dan pembekal,” katanya.

Beliau berkata MARA perlu bergerak sebagai konglomerat besar dengan penyelarasan menyeluruh dalam aspek pendidikan, keusahawanan dan pelaburan. – Bernama

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Dua daripada tiga lelaki Malaysia terdedah masalah disfungsi erektil

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.