Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • MARA rancang angkat IKM Bintulu sebagai Pusat Tenaga Serantau
  • PENDIDIKAN

MARA rancang angkat IKM Bintulu sebagai Pusat Tenaga Serantau

Utusan Sarawak 15 hours ago
DATUK Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bersama rombongan dari Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Majlis Amanah Rakyat (MARA) merancang untuk menaik taraf Institut Kemahiran MARA (IKM) Bintulu sebagai hab pendidikan tenaga bertaraf serantau.

Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, berkata institusi itu akan memberi tumpuan kepada bidang tenaga baharu serta tenaga berasaskan fosil seperti minyak dan gas.

“Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha memperkukuh peranan IKM dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang mampu memenuhi keperluan industri tenaga semasa dan masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Menurut Dr. Asyraf, pelan induk bagi merealisasikan IKM Bintulu sebagai hab pendidikan tenaga kini berada pada tahap 60 peratus siap dan dijangka dilancarkan sebelum penghujung tahun ini.

“Insya-Allah, pelancaran akan dilakukan sebelum akhir tahun.

“Selepas pelan induk dimuktamadkan sepenuhnya, kita akan ambil masa tiga bulan untuk proses penambahbaikan,” jelasnya.

Tambah beliau, matlamat MARA bukan sekadar melahirkan graduan tempatan yang berkemahiran, tetapi juga membentuk pemain industri yang kompetitif di peringkat antarabangsa.

Turut hadir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Datuk Dr. Malcolm Mussen Lamoh, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta beberapa dif kenamaan lain.

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Bantuan beg sekolah ringankan beban pelajar di Bintangor
Next: SK Jalan Bintang Miri terima sumbangan PMR

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.