Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MARA, JAKIM latih 20 pegawai jadi juruaudit Halal
  • Tengah
  • WILAYAH

MARA, JAKIM latih 20 pegawai jadi juruaudit Halal

Utusan Sarawak 7 months ago
SUMPIT… Zulfikri mencuba sumpit pada perasmian Hit Barber Classic di Arked Mara.

SIBU: Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bekerjasama untuk melatih lebih 20 pegawai MARA menjadi juruaudit Halal.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Dato Zulfikri Osman, kerjasama itu bertujuan membantu JAKIM mempercepatkan proses dan pengeluaran pensijilan Halal khususnya dalam kalangan usahawan MARA.

“Kita tahu ada ramai usahawan terutamanya usahawan Bumiputera dari MARA memohon pensijilan Halal.

“Daripada rekod, secara purata kami mempunyai lebih 100 usahawan MARA yang memohon geran untuk permohonan pensijilan Halal setiap tahun,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Hit Barber Classic di Arked Mara, hari ini. 

Katanya, jumlah itu mungkin lebih tinggi kerana terdapat usahawan MARA yang memohon pensijilan menggunakan dana sendiri.

“MARA dan JAKIM telah bekerjasama pada 2022 untuk melatih eksekutif Halal,” ujarnya.

Beliau memberitahu, Mara mempunyai banyak program untuk membantu usahawan dengan memberi mereka pensijilan bagi mewujudkan keyakinan kepada pelanggan mereka seperti sijil halal.

“Untuk sebarang pensijilan, MARA akan menanggung 90 peratus kos manakala usahawan kita hanya membayar 10 peratus sahaja, disamping terdapat geran lain untuk usahawan membina perniagaan mereka,” ujar beliau.

Dalam sektor pendidikan, katanya lagi, MARA mempunyai sejumlah 344 institusi dari sekolah, kolej, universiti, institut dan sebagainya.

“Selain itu, kita juga ada Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).   

“Pelajar yang tidak begitu cemerlang dalam akademik boleh pergi ke TVET untuk menerima latihan,” kata beliau.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 2,000 dos suntikan HPV disediakan untuk program di UTS
Next: Kekalkan perpaduan jayakan hasrat wilayah maju, berpendapatan tinggi menjelang 2030

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.