Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Mansuh pelitup muka untuk penerbangan
  • GLOBAL

Mansuh pelitup muka untuk penerbangan

Utusan Sarawak 3 years ago

JET-JET menjadi syarikat penerbangan utama Britain yang pertama memansuhkan pelitup muka di pesawat. • Foto AFP

LONDON: Jet-jet telah menjadi syarikat penerbangan utama Britain yang pertama membatalkan keperluan penumpang untuk memakai pelitup muka di dalam pesawatnya, lapor AFP, semalam. 

Pengendali penerbangan tambang rendah itu menukar peraturan di laman webnya, mengatakan pelitup muka tidak lagi diwajibkan untuk penerbangan dari Britain dan Ireland Utara.

Penumpang tidak perlu lagi memakainya ketika menaiki pesawat, ketika berlepas atau semasa penerbangan walaupun syarikat berkenaan masih mengesyorkan orang ramai melakukannya. 

Pengembara hanya perlu memakai pelitup muka sebelum meninggalkan pesawat ke destinasi mereka dan ketika berada di lapangan terbang antarabangsa jika menjadi keperluan di sana.

Peraturan itu dikuatkuasa seminggu selepas Britain memansuhkan semua mandat Covid-19 dengan pelitup muka tidak lagi diwajibkan secara sah pada pengangkutan awam di mana-mana sahaja.

Bagaimanapun, syarikat-syarikat penerbangan masih bertegas untuk pemakaian pelitup muka sebagai syarat pengangkutan, menjadikan mereka yang terakhir mengenakan mandat berkenaan.

“Ia bukan lagi keperluan undang-undang untuk memakai pelitup muka di Britain dan Ireland Utara termasuk di lapangan terbang kami atau di dalam pesawat.

“Bagaimanapun mengikut panduan kerajaan Britain, kami syorkan agar pelanggan terus memakai pelitup muka di ruang ini dan mengingatkan agar mereka memakainya apabila sampai ke destinasi di luar negara,’’ demikian menurut jurucakap Jet2.

Penumpang pesawat Jet2 berusia enam tahun keatas masih perlu memakai pelitup muka untuk penerbangan dari Scotland dan Wales. – AFP

Continue Reading

Previous: Bebaskan banduan bantu perangi Rusia
Next: Minyak: 60 juta tong dilepaskan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.