Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Manitoba isytihar darurat kebakaran hutan paling buruk
  • GLOBAL

Manitoba isytihar darurat kebakaran hutan paling buruk

Utusan Sarawak 3 days ago

OTTAWA: Lebih 17,000 penduduk di wilayah Manitoba dipindahkan pada Rabu kerana permulaan musim kebakaran hutan yang dianggap paling buruk dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Susulan itu Perdana Menteri Manitoba Wab Kinew mengisytiharkan darurat di seluruh wilayah itu.

“Ini adalah pemindahan terbesar yang pernah disaksikan di Manitoba dan tidak akan dilupakan oleh penduduk,” katanya.

Kinew berkata beliau telah meminta Perdana Menteri Mark Carney supaya membenarkan tentera Kanada membantu proses pemindahan dan pemadaman kebakaran.

Pesawat tentera akan dikerahkan bagi membantu memindahkan penduduk dan membawa masuk sumber pemadam kebakaran tambahan.

Di bandar Flin Flon, 5,000 penduduk diarahkan bersiap sedia untuk berpindah pada bila-bila masa kerana kebakaran besar menghampiri bandar perlombongan.

Penduduk di beberapa bandar terpencil lain dan komuniti Orang Asli juga diarahkan berpindah.

Kebanyakan mangsa yang dipindahkan dijangka akan dibawa ke ibu negeri Manitoba, Winnipeg. – AFP

Continue Reading

Previous: Bekas pakar bedah Perancis dipenjara 20 tahun atas 299 pertuduhan penderaan
Next: Pesawat Jeju Air terkeluar dari landasan di Vietnam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.