Pembuatan manik Lawas diusahakan oleh masyarakat suku kaum Lun Bawang yang berpusat di Long Tuma, Lawas Damit.
Keindahan seni manik etnik Lun Bawang di Lawas, Sarawak menerusi penghasilan kraf manik seramik dari segi olahan, penggunaan bahan, mereka corak dan proses penghasilannya terus berkembang dan berjaya menembusi pasaran luar negara seperti negara Brunei, China dan pelancong luar yang telah membeli hasil tangan halus ini.
Kreativiti seni manik di Sarawak merangkumi kehidupan berbagai masyarakat etnik daripada Lun Bawang di Lawas hingga ke masyarakat Bidayuh di kawasan Selatan Sarawak.
Keunikan kraf manik etnik Lun Bawang ini sebenarnya terletak pada reka corak motif yang digunakan, bahan serta cara penghasilannya.
Motif-motif tradisional etnik ini digambarkan dan diinterpretasikan pada permukaan manik berfungsi untuk mencerminkan identiti dan kebudayaan etnik Lun Bawang dan memberi simbolik estetika yang tinggi serta keindahan pada manik tersebut.
Kaedah kualitatif menerusi pendekatan historikal telah membuktikan bahawa masyarakat setempat bijak mengadaptasikan sumber alam dan identiti etnik mereka dalam penghasilan seni manik ini.
Nilai keindahan apreasasi etnik Lun Bawang ini terhadap penghasilan seni manik dalam budaya mereka adalah satu refeleksi kearifan lokal terhadap ketelitian observasi tentang fungsi dan sifat bahan alam sebagai bahan utama bagi penghasilan objek seni terutama manik.
Kajian daripada pengkaji sejarah ketamadunan negara Brunei mengenai manik dalam kalangan puak Lun Bawang di Brunei Darussalam kerana secara dasarnya didapati ethnik ini paling menonjol sekali dalam mengetengahkan material budaya manik dalam acara keraian dan festival yang melibatkan masyarakat ini sama ada dalam kalangan sesama mereka mahupun ketika diundang untuk mempersembahkan tarian kebudayaan masyarakat.
Kajian ilmiah ini telah dilaksanakan di daerah Temburong Brunei dan di Kampung Long Tuma di Lawas Sarawak.
Pengusaha manik terkenal Lawas, Litad Mulok telah mengabadikan cinta kasihnya dengan manik yang menjadi bahagian daripada pakaian budaya masyarakat Lun Bawang.
Beliau juga telah diiktiraf sebagai “Tukang Ulung” atau pakar pemanik oleh Perbadanan Kraftangan Malaysia. Kegigihan Litad mempertahankan manik Lun Bawang ini diiktiraf sehingga beliau dianugerah bintang A.M.N (Ahli Mangku Negara) oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia Ke-13.
Sumber utama pembuatan manik di Lawas adalah daripada tanah liat yang diperoleh terus daripada Sungai Long Tuma yang didapati amat sesuai untuk pembuatan manik.
Selain itu, pembuatan manik Lawas kini telah dikembangkan di bandar raya Miri oleh anak saudara Litad iaitu Alice Daring.
Sekarang ini beliau telah bersara daripada penjawat awam untuk aktif sepenuh masa dengan perusahaan manik di bandar raya Miri.
Oleh Adeng Edrus