Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Mangsa warga emas rugi RM415,464 terperdaya penipuan telefon
  • JENAYAH

Mangsa warga emas rugi RM415,464 terperdaya penipuan telefon

Utusan Sarawak 5 hours ago
KETUA Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu.

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching telah menerima satu laporan mengenai kes penipuan telefon, melibatkan suspek yang menyamar sebagai pegawai polis untuk menipu mangsa secara dalam talian.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, mangsa merupakan seorang wanita tempatan berusia 69 tahun yang dihubungi suspek pada 17 September 2025 ketika berada di rumah, menggunakan nombor telefon 0176407715.

“Suspek menyamar sebagai pegawai polis dengan mendakwa terdapat satu kes jenayah atas nama mangsa. Mangsa yang terperdaya kemudiannya diarahkan untuk memindahkan wang kononnya bagi tujuan membersihkan wang miliknya,” katanya.

Alexson berkata mangsa telah melakukan enam transaksi pemindahan wang ke empat akaun bank berbeza selepas dijanjikan bahawa wang tersebut akan dipulangkan semula pada 5 Januari 2026.

Beliau berkata mangsa mula mengesyaki penipuan apabila wang berkenaan tidak dikembalikan dan seterusnya hadir membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

“Akibat kejadian tersebut, mangsa mengalami kerugian berjumlah RM415,464,” katanya.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan dengan cara tidak jujur mendorong supaya harta diserahkan, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi sepuluh tahun, sebatan, serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Alexson menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak panik apabila menerima panggilan mencurigakan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya menamatkan panggilan mencurigakan dengan segera, tidak memberikan sebarang maklumat peribadi atau perbankan kepada pemanggil tidak dikenali, serta menghubungi balai polis berhampiran untuk membuat semakan atau laporan,” katanya.

Beliau turut menggesa orang ramai menyemak nombor akaun bank dan nombor telefon yang mencurigakan melalui portal rasmi Semak Mule PDRM dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa melalui talian hotline Pusat Respons Scam Kebangsaan 997 atau menghubungi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak melalui panggilan atau WhatsApp di 01162890089 atau emel kjsjkswk@rmp.gov.my.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: SPRM tumpu dakwaan pengubahan wang haram RM2.5 bilion babitkan IJM
Next: Jenayah indeks di Sibu turun 36.44 peratus sepanjang 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.