Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Mangsa tipu dalam talian alami trauma, jejas kesihatan mental
  • JENAYAH

Mangsa tipu dalam talian alami trauma, jejas kesihatan mental

Utusan Sarawak 2 years ago
Dalam sesetengah kes penipuan, ia boleh mendorong seseorang untuk membunuh diri sendiri akibat tertekan. Selain menubuhkan Pusat Respons Scam Kebangsaan iaitu 997, BNM juga harus membangunkan sistem sokongan khusus yang merangkumi kaunseling dan bantuan kesihatan mental untuk membantu mangsa dalam pemulihan mangsa. Foto Gambar Hiasan

KUCHING: Melebihi kerugian wang, salah seorang daripada ratusan mangsa penipuan dalam talian mengakui mengalami trauma mental yang hampir melumpuhkan kesihatannya, kata Pembantu Khas Kepada Ahli Parlimen Stampin, Michael Kong.

Menurut Kong, dalam sesetengah kes penipuan, ia boleh mendorong seseorang untuk membunuh diri sendiri akibat tertekan.

“Baru-baru ini, mangsa yang enggan didedahkan, tampil dan mengadu telah banyak kali mengugut untuk membunuh diri.

“Antara aduan mangsa, bukan sahaja kehilangan wang, malah aduan tidak dipandang serius dan seolah-olah diperlekehkan tanpa sebarang tindakan,” kata Kong.

Mangsa juga mengakui modus operandi sindiket penipuan itu berlaku begitu cekap dan pantas.

Menyusuli kejadian tersebut, mangsa tersebut cuba membunuh diri tetapi banyak kali diselamatkan oleh orang disekeliling.

Justeru, Kong berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) perlu mengambil langkah selanjutnya untuk menyediakan sokongan menyeluruh untuk mangsa penipuan.

Selain menubuhkan Pusat Respons Scam Kebangsaan iaitu 997, BNM juga harus membangunkan sistem sokongan khusus yang merangkumi kaunseling dan bantuan kesihatan mental untuk membantu mangsa dalam pemulihan mereka.

Baru-baru ini seorang individu bernama Low di Selangor, juga antara mangsa penipuan dalam talian yang ditipu penipu menyamar sebagai seorang pegawai polis.

Seperti biasa dalam kes ini, Kong berkata, penipu itu mereka cerita, menuduh Low terlibat dalam kes pengedaran dadah.

Penipu itu kemudiannya menuntut Low mengemaskinikan aktiviti harian dan keberadaannya kepada polis.

Akhirnya, penipu itu mengarahkan Low ke laman web BNM palsu, dipaksa untuk memberikan butiran peribadinya, termasuk maklumat akaun banknya.

Malangnya, selang beberapa jam, Kong berkata, Low mendapati bahawa semua simpanan dalam akaun banknya berjumlah RM38,000 telah dikeluarkan dan setelah membuat laporan sehingga kini, Low masih gagal mendapatkan kembali wangnya.

Kong menggesa BNM untuk mewujudkan sistem sokongan yang teguh untuk membantu mangsa penipuan dalam pemulihan dengan menyediakan bukan sahaja bimbingan kewangan tetapi juga sokongan kesihatan mental untuk sokongan mental.

Selain menggalakkan orang ramai untuk terus berwaspada, sentiasa dimaklumkan tentang taktik penipuan terkini dan mengambil langkah proaktif untuk melindungi diri mereka daripada menjadi mangsa skim penipuan ini.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Najib dibenarkan hadir mahkamah ikuti prosiding rayuan saman Tommy Thomas
Next: Dadah: Penganggur diperintah bon berkelakuan baik 12 bulan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.