Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Mangsa terjatuh dari perahu di Muara Sungai Batang Oya ditemui tidak bernyawa
  • KEMALANGAN

Mangsa terjatuh dari perahu di Muara Sungai Batang Oya ditemui tidak bernyawa

Utusan Sarawak 1 day ago
MAYAT mangsa diiserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Mukah untuk bedah siasat. Foto BBP Mukah

MUKAH: Seorang mangsa dikhuatiri terjatuh dari perahu di Muara Sungai Batang Oya semalam, ditemui oleh orang awam pada jarak 800 meter dari persisiran pantai, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, mayat mangsa ditemui pada 8.50 pagi, diserahkan kepada pihak polis dibawa ke Hospital Mukah untuk tujuan bedah siasat.

“Berikutan penemuan mayat mangsa, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada 9.40 pagi,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

MAYAT mangsa diiserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Mukah untuk bedah siasat. Foto BBP Mukah

Terdahulu, menurut laporan polis yang dibuat oleh pengadu semalam, terdapat seorang mangsa lelaki dewasa bernama Awang Ismail Awang Rosidi berumur 28 tahun dikhuatiri terjatuh dari perahu seorang diri di Muara Sungai Batang Oya. 

Bertindak atas laporan, operasi SAR disertai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan orang kampung dijalankan.

Oleh Akun Giman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki warga emas maut, seorang cedera di kawasan perkuburan Jalan Lumba Kuda
Next: Kereta terjatuh ke sungai di Kampung Melayu Skait, tiada mangsa ditemui

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.