Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Mangsa tanah runtuh Kampung Lereng Bukit, Miri akan ditempatkan di kawasan baharu
  • TEMPATAN

Mangsa tanah runtuh Kampung Lereng Bukit, Miri akan ditempatkan di kawasan baharu

Utusan Sarawak Posted on 1 year ago
KEADAAN kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, di Miri Januari lalu. Gambar fail

KUCHING: Mangsa kejadian tanah runtuh yang berlaku pada 29 Januari yang lalu di Kampung Lereng Bukit, Miri akan ditempatkan di kawasan baharu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelaksanaan projek tersebut akan bermula selepas Hari Gawai kelak dan akan dilaksanakan oleh agensi kerajaan Sarawak.

“Sebagaimana yang berlaku melibatkan masalah kerosakan sepenuhnya di 15 buah rumah di Miri, perkara ini juga telah dipersetujui untuk dilaksanakan selepas sambutan Hari Gawai kerana isu tanah telah diperoleh dan diselesaikan.

“Kita juga telah bersetuju untuk menurunkan kuasa pelaksanaannya kepada agensi kerajaan negeri bagi melaksanakan projek ini dan tidak lagi menggunakan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) atau pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebagai pelaksana,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dalam sidang media selepas mempengerusikan Sesi Taklimat Pelaksanaan Program dan Projek Pembangunan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Kuching hari ini.

Difahamkan, penempatan ini telah dipilih dan ditetapkan oleh Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) berdekatan di kawasan perkampungan Orang Ulu Rurum Kelabit di Miri.

Usai sidang media, beliau menunaikan solat Jumaat di Masjid India Kuching sebelum bergerak berjalan kaki ke Restoran Mahashafi untuk makan tengah hari.

-UKAS

About the Author

Utusan Sarawak

Editor

View All Posts

Post navigation

Previous: Untung bersih Bank Islam turun RM126.27 juta
Next: Mohamed Khaled sertai dialog Shangri-La ke-22 di Singapura

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.