Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Mangsa rugi RM2,250 dipercayai ditipu dalam urus niaga anak ayam
  • JENAYAH

Mangsa rugi RM2,250 dipercayai ditipu dalam urus niaga anak ayam

Utusan Sarawak 3 hours ago
GAMBAR hiasan. Foto olahan AI

LAWAS: Seorang mangsa kerugian RM2,250 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan dalam urus niaga tempahan anak ayam penelur secara dalam talian.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 7 Julai 2026, kira-kira 10.43 pagi.

Menurut beliau, mangsa memaklumkan telah membuat tempahan anak ayam penelur daripada sebuah syarikat melalui platform e-dagang pada 26 Januari 2026.

“Mangsa turut membuat beberapa pembayaran menerusi transaksi perbankan kepada syarikat berkenaan bagi melengkapkan urusan tempahan.

“Bagaimanapun, selepas pembayaran dibuat, mangsa gagal menghubungi penjual dan percaya telah ditipu dalam urus niaga tersebut,” katanya.

Beliau berkata, mangsa mengalami kerugian sebanyak RM2,250.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan siasatan masih diteruskan.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis tahan lelaki cuba lari ketika rondaan cegah jenayah di Siburan
Next: Empat buruh ditahan dalam tiga operasi dadah di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.