Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Mangsa kebakaran terima bantuan
  • TEMPATAN

Mangsa kebakaran terima bantuan

Utusan Sarawak 4 years ago
HARAP BERSABAR… Dato Sri Fatimah Abdullah (kiri) menyampaikan bantuan bencana kepada Busang Belalan ketika melawat mangsa di lokasi kejadian pada Sabtu.

MUKAH: Mangsa kebakaran di Kampung Tellian Ulu di sini menerima bantuan bencana kebakaran pada petang Sabtu (12 Jun)

Bantuan secara tunai  yang berjumlah keseluruhan RM10,200 tersebut  merangkumi wang saku (RM900), pakaian harian (RM1,800), pakaian sekolah (RM800), peralatan sekolah (RM400), kelengkapan tidur (RM600), peralatan dapur (RM700) dan bantuan bahan binaan@ sewaan (RM5,000).

Ia telah disampaikan oleh Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak  Dato Sri Fatimah Abdullah kepada  Busang Belalan pemilik rumah yang musnah dalam kebakaran berlaku pada 10 Jun lalu.

Adalah difahamkan pada hari kejadian, Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Mukah telah menyalurkan bantuan awal berupa makanan sebanyak sembilan pek bernilai RM50 setiap satu.

Semua penghuni yang terdiri daripada lima orang dewasa dan empat kanak-kanak terselamat dalam kebakaran yang memusnahkan keseluruhan rumah kayu yang didiami Busang sekeluarga itu.

Fatimah, yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Dalat, berharap mereka bersabar dan bantuan awal tersebut adalah untuk meringankan sedikit bebaban atau bertujuan untuk memulihkan kesempitan hidup yang dialami mangsa dalam masa transisi ini.

Juga kelihatan pada upacara ringkas penyerahan bantuan di lokasi kejadian ialah Ketua Kaum, William Lajo.

Oleh HENRY B SIYU

Continue Reading

Previous: Bantuan wang ihsan mangsa banjir
Next: W2020, COVID-19 DAN MASA DEPAN MALAYSIA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.