Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Mangsa kebakaran terima bantuan
  • TEMPATAN

Mangsa kebakaran terima bantuan

Utusan Sarawak 5 years ago
PRIHATIN… Kinta Lalang, Kaunselor Agas Thomas dan barisan jemaah PPK Engkelili/Lubok Antu menyerahkan bantuan makanan kepada keluarga mangsa kebakaran di Rumah Panjang Nanga Rasau, Engkelili, baru-baru ini.

ENGKELILI: Nasib malang yang menimpa keluarga mangsa kebakaran dari Rumah Naga dan Rumah Atet, Nanga Rasau di sini terus mendapat perhatian daripada pelbagai pihak.

Ia terbukti apabila Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Engkilili/Lubok Antu menghulur sumbangan berupa makanan terhadap keluarga mangsa kebakaran berkenaan, baru-baru ini.

Sumbangan makanan itu disampaikan oleh Pengurus Besar PPK Engkilili/Lubok Antu, Kinta Lalang kepada penerima sambil disaksikan oleh Pengerusi PPK, Kaunselor Agas Thomas dan ahli jemaah pengarah pertubuhan berkenaan.

Kinta ketika menyerahkan bantuan itu menzahirkan rasa simpati pihak PPK Engkilili/Lubok Antu kepada keluarga mangsa berhubung kejadian kebakaran yang berlaku di rumah panjang mereka pada 15 September lepas.

Beliau berharap keluarga mangsa kebakaran Rumah Panjang Nanga Rasau ini dapat menempuh kesusahan itu dengan penuh kesabaran.

“PPK Engkilili/Lubok Antu berharap agar bantuan makanan ini dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh keluarga mangsa kebakaran,” kata Kinta.

Terdahulu, 18 keluarga dari Rumah Naga dan Atet, Nanga Rasau di sini tinggal sehelai sepinggang setelah rumah panjang mereka musnah dalam kejadian kebakaran pada 15 September lepas.

Jurucakap bomba berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima pada sekitar 5.13 petang dengan sejumlah 10 pegawai bomba yang diketuai oleh William Baheng dikerah ke lokasi berkenaan bagi melakukan operasi memadam kebakaran.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Sri Aman, Kapten (PA) Siti Huzaimah Ibrahim ketika dihubungi berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku berhubung kejadian kebakaran berkenaan.

Oleh Valentine Ngumbang

Continue Reading

Previous: Pertanian bangunkan ekonomi masyarakat
Next: Rampasan sepanjang Ogos tahun ini, RM5.33 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.