Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Mangsa kebakaran Rumah Lapie Lai terima bantuan
  • WILAYAH

Mangsa kebakaran Rumah Lapie Lai terima bantuan

Utusan Sarawak 2 months ago
RINGANKAN BEBAN… Steven Kong Kai Seng dan yang lain menyantuni mangsa kebakaran Rumah Lapie Lai, Jalan Ulu Sebauh petang tadi.

SEBAUH: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang juga Ahli Parlimen Bintulu, Dato’ Seri Tiong King Sing menyalurkan bantuan bakul makanan dan kewangan sumbangan peribadi kepada mangsa kebakaran di Rumah Lapie Lai, Sungai Binai, Jalan Ulu Sebauh petang tadi.

Bantuan disampaikan menerusi Pegawai Tugas-Tugas Khasnya, Steven Kong Kai Seng, bersama Ahli Majlis Tertinggi PDP, Saging Layang, serta kakitangan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bintulu bagi meringankan beban mangsa yang kehilangan tempat tinggal.

Beliau berharap bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa dalam menghadapi situasi yang mencabar itu.

Terdahulu, kebakaran yang berlaku sekitar 11.09 pagi tadi memusnahkan 27 daripada 30 pintu rumah panjang, menyebabkan 300 penghuni terjejas. 

Mereka kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Gereja St. Bernard, Rumah Lapie yang diaktifkan pada 4.30 petang.

OLEH CAROLYNE UTIH

Continue Reading

Previous: RM700,000 bina surau Pantai Tanjung Kembang
Next: PEKA, PITSA agih sup cendawan, bubur kacang kepada penduduk setempat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.