Mangsa kebakaran Rumah Henry Gomes terima bantuan

Facebook
WhatsApp
BANTUAN…Datuk Dr Penguang Manggil menyampaikan sumbangan peribadi kepada mangsa kebakaran di Rh Henry Gomes Kampung Mission Ulu Teru. Foto APM Beluru

MARUDI: Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Penguang Manggil, menyampaikan sumbangan peribadi kepada mangsa kebakaran di Rumah Henry Gomes, Kampung Mission Ulu Teru.

Pada majlis yang sama, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi yang juga Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Beluru, Lt. (PA) Miwan ShahMasri, turut menyumbangkan 20 kit makanan kepada mangsa.

TANGGUNJAWAB… Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi Lt. (PA), Mirwan Shah Masri tampil menyumbang kit makanan kepada mangsa kebakaran yang terlibat. Foto APM Beluru.

Dalam kejadian kira-kira 2.20 pagi semalam, rumah panjang lima pintu yang dihuni 10 penduduk itu musnah sepenuhnya dalam kebakaran.

Hadir sama pada majlis penyerahan bantuan itu ialah Pegawai Daerah Beluru yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Beluru, Charles Aloysius Lisau, serta wakil daripada agensi-agensi kerajaan lain.

Oleh Jiku Juguong