Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Mangsa kebakaran Pekan Sangan terima bantuan tunai RM9,000
  • Utara
  • WILAYAH

Mangsa kebakaran Pekan Sangan terima bantuan tunai RM9,000

Utusan Sarawak 20 hours ago
MENTERI di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai meninjau lokasi kejadian semalam. Foto UKAS

TATAU: Sembilan pemilik rumah kedai yang terjejas dalam kejadian kebakaran di Pekan Sangan awal pagi Jumaat lalu menerima bantuan tunai berjumlah RM9,000 bagi meringankan beban yang ditanggung susulan insiden tersebut.

Selain memusnahkan sembilan rumah kedai berstruktur kayu, kebakaran yang berlaku sekitar 12.40 pagi pada 27 Jun lalu itu juga turut merosakkan 10 kenderaan.

Sumbangan berjumlah RM1,000 bagi setiap unit kedai disampaikan oleh Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai semasa beliau meninjau lokasi kejadian, semalam.

Beliau turut meluangkan masa hampir sejam bertemu mangsa dan melihat sendiri kesan kebakaran yang berlaku.

Dalam ucapannya, beliau menzahirkan simpati terhadap mangsa dan menasihati semua mangsa agar segera membuat laporan lengkap kepada Pejabat Daerah Tatau, Polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk tindakan lanjut.

Pada sebelah petangnya, Dato Sri John Sikie juga berkesempatan merasmikan Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran Rumah Panjang dan Perlancaran Bomba Komuniti dan i-Suri di Rumah Jugah Injing.

Beliau menggesa setiap rumah panjang menubuhkan Biro Keselamatan sebagai langkah proaktif mengurangkan risiko kebakaran dan meningkatkan kesedaran keselamatan dalam kalangan penduduk.

Menurut beliau, penubuhan biro keselamatan mampu memainkan peranan penting dalam mengingatkan penghuni tentang amalan pencegahan kebakaran seperti memastikan api dapur dipadam sepenuhnya selepas memasak.

“Setiap rumah panjang baharu juga perlu menitikberatkan aspek keselamatan, antaranya penggunaan dinding bata sehingga ke bumbung untuk memperlahankan penyebaran api,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya hanya menggunakan khidmat juruelektrik bertauliah dan tidak berkongsi soket elektrik secara berlebihan.

Sementara itu, Pegawai Bomba Mohammad Asraf dari Jabatan Bomba dan Penyelamat memaklumkan, insiden kebakaran rumah panjang masih mencatatkan jumlah tertinggi di Sarawak.

Oleh itu, pihaknya menyasarkan penubuhan lebih banyak Pasukan Bomba Komuniti terutama di kawasan rumah panjang yang terletak jauh dari balai bomba.

Program ini turut dilengkapkan dengan demonstrasi penggunaan alat pemadam api bagi memberi pendedahan secara praktikal kepada penduduk tentang langkah pencegahan awal kebakaran.
Turut hadir, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Tatau Raden Azamry Raden Perhan. -UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tiang elektrik patah hempap kenderaan di Rumah Maling Nyapang
Next: Hari Bersama Pelanggan perkukuh hubungan antara rakyat, agensi kerajaan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.