Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Mangsa kebakaran Paloh terima bantuan tunai, keperluan asas
  • WILAYAH

Mangsa kebakaran Paloh terima bantuan tunai, keperluan asas

Utusan Sarawak 2 days ago
TERIMA KASIH…..Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir Yusuf Abd Wahab menyerahkan sumbangan segera kepada Papau Kasen. Foto Facebook Parlimen Tanjong Manis 

TANJUNG MANIS: Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir Yusuf Abd Wahab telah menziarahi dan memberi sumbangan segera kepada mangsa kebakaran rumah di Kampung Berangan, Paloh. 

Katanya, rumah kediaman Papau Kasen ranap dijilat api sehari sebelum perayaan Gawai Dayak iaitu pada 31 Mei lalu. 

“Perayaan yang sepatutnya dirayakan dengan suasana penuh gembira bertukar suram buat keluarganya.

“Saya menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa dan seterusnya mengingatkan penduduk supaya lebih berhati hati, terutamanya dalam keadaan cuaca yang agak panas ketika ini,” katanya kepada media, baru-baru ini. 

Beliau juga berharap supaya orang ramai mengelakkan aktiviti pembakaran terbuka. 

“Orang ramai perlu mengelakkan diri dari melakukan aktiviti pembakaran terbuka serta sentiasa menjaga keselamatan rumah masing-masing supaya tragedi seumpama ini tidak berulang lagi,” katanya. 

Beliau turut menyampaikan sumbangan segera berbentuk barang makanan asas serta wang tunai RM1,000 kepada keluarga mangsa bagi meringankan beban.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Meradong raikan Gawai, ambil peluang dengar suara rakyat
Next: BBP Bintangor pantau paras air Sungai Rajang, keadaan terkawal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.