Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Mangsa kebakaran Long Loyang terima bantuan tunai dan barang asas
  • Utara
  • WILAYAH

Mangsa kebakaran Long Loyang terima bantuan tunai dan barang asas

Utusan Sarawak 14 hours ago
Dato Dennis Ngau menyaksikan penyerahan bantuan kepada mangsa kebakaran di Long Loyang yang disampaikan oleh Pengerusi Pertubuhan Pendidikan Ji Ze Ge, Long Lama, Miri, Penghulu Demond Yap. Foto: JAPEN Long Lama

LONG LAMA: Pertubuhan Pendidikan Akhlak Ji Ze Ge, Long Lama, Miri tampil menghulurkan bantuan kepada 50 mangsa kebakaran melibatkan 22 keluarga yang terjejas dalam insiden kebakaran rumah panjang di Long Loyang pada 10 November lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dato Dennis Ngau, menzahirkan penghargaan kepada pertubuhan berkenaan atas keprihatinan dan kemurahan hati mereka.

Beliau berkata sikap empati tinggi daripada penderma luar amat membanggakan dan mencerminkan semangat perpaduan yang kuat dalam membantu mangsa yang memerlukan.

“Bantuan yang disalurkan ini dapat meringankan beban mangsa-mangsa yang terlibat serta memberi mereka harapan untuk memulakan kehidupan baharu,” katanya.

Penyerahan bantuan disampaikan oleh Pengerusi Pertubuhan Pendidikan Akhlak Ji Ze Ge, Long Lama, Penghulu Demond Yap Chieng Siang.

Setiap keluarga menerima bantuan tunai RM1,000 serta pelbagai barangan keperluan asas termasuk tilam, bantal, peralatan memasak dan tangki air dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM70,000.

Turut hadir Ketua Kampung, Pius Balan, yang menyatakan bantuan tersebut amat bermakna dan dapat meringankan beban mangsa kebakaran yang terlibat.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Wilfred Yap serah cek UNIFOR berjumlah RM780,000 kepada SK St Alban
Next: 18 perahu kecil diserahkan, tingkat kesiapsiagaan banjir di Bekenu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.