Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Mangsa kebakaran Kampung Tengah terima bantuan subsidi sewa
  • WILAYAH

Mangsa kebakaran Kampung Tengah terima bantuan subsidi sewa

Utusan Sarawak 8 hours ago
ADUN Lingga, Dayang Noorazah pada majlis penyerahan bantuan subsidi sewa rumah kepada mangsa kebakaran Kampung Tengah Simanggang, hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Lingga

SIMANGGANG: Mangsa kebakaran di Kampung Tengah menerima bantuan subsidi sewa rumah dalam majlis penyerahan yang berlangsung penuh prihatin, hasil inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor.

Majlis dimulakan dengan taklimat oleh Pegawai Daerah Sri Aman, Syariff Bujang bersama Pegawai Tadbir Seksyen Pembangunan dan Transformasi Sosial, Mohd Hamizan Yahya yang memperincikan jumlah penerima serta bentuk bantuan yang disalurkan kepada mangsa.

Kejadian kebakaran pada 29 Julai lalu memusnahkan beberapa kediaman sepenuhnya sementara tiga lagi rumah mengalami kerosakan kecil. 

Bantuan segera telah diberikan sejurus insiden berlaku sebagai langkah pantas meringankan beban penduduk terjejas.

Beliau menzahirkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa sambil menegaskan komitmen untuk terus memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

“Inisiatif ini adalah sebahagian usaha berterusan memastikan mereka yang terkesan dapat kembali membina kehidupan dengan lebih baik,” katanya.

ADUN Lingga, Dayang Noorazah pada majlis penyerahan bantuan subsidi sewa rumah kepada mangsa kebakaran Kampung Tengah Simanggang, hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Lingga

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Kaum Kampung Tengah, Kiflee Morni yang proaktif menguruskan kebajikan penduduk sejak awal kejadian serta kepada semua agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), persatuan, petugas barisan hadapan, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK), Biro Bencana dan orang awam yang tidak putus menghulurkan bantuan.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Kaunselor Suhaidi Los, Temenggung Mohd Shah Achang, Pemanca Abang Norin Abang Norudin, Penghulu Zameri Morsidi, penerima bantuan dan pemilik rumah yang terlibat.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lawas makin pesat membangun, menuju status bandar moden menjelang 2030
Next: Usaha Tadika Krista Taman Centurion didik keselamatan jalan raya dipuji Fatimah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.