Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Mangsa kebakaran Kampung Sebuan Besar terima bantuan sekolah
  • WILAYAH

Mangsa kebakaran Kampung Sebuan Besar terima bantuan sekolah

Utusan Sarawak 1 day ago
ADUN Jepak, Iskandar Turkee menyantuni kanak-kanak mangsa kebakaran Kampung Sebuan Besar ketika membeli kelengkapan persekolahan baharu menerusi program bantuan anjuran Pusat Khidmat Rakyat DUN Jepak.

BINTULU: Seramai tujuh kanak-kanak daripada empat keluarga yang terjejas akibat kebakaran di Kampung Sebuan Besar, Jepak baru-baru ini menerima bantuan persekolahan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee.

Bantuan yang disalurkan melalui Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak itu meliputi pakaian seragam sekolah dan peralatan tulis.

Menurut Iskandar, sumbangan itu bertujuan untuk meringankan beban keluarga mangsa dan memastikan anak-anak terbabit dapat meneruskan sesi persekolahan mereka tanpa gangguan.

“Saya bersama Ketua Wanita PBB Jepak, Noriha Ali membawa empat keluarga bersama tujuh kanak-kanak yang terkesan untuk membeli pakaian sekolah baharu serta alat tulis.

“Harapan kami agar anak-anak ini dapat meneruskan pembelajaran dan persekolahan mereka tanpa sebarang halangan,” katanya.

ADUN Jepak, Iskandar Turkee menyantuni kanak-kanak mangsa kebakaran Kampung Sebuan Besar ketika membeli kelengkapan persekolahan baharu menerusi program bantuan anjuran Pusat Khidmat Rakyat DUN Jepak.

Setakat ini, beliau berkata keluarga yang menerima bantuan telah dikenal pasti, namun mana-mana keluarga yang belum dibantu boleh hadir ke Pusat Khidmat bagi mendapatkan sokongan yang sewajarnya.

“Jika ada yang tercicir, mereka boleh datang ke Pusat Khidmat Rakyat DUN Jepak untuk mendapatkan bantuan daripada pihak saya,” ujarnya.

Iskandar turut merakamkan penghargaan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang sentiasa menekankan peranan pemimpin dalam menyantuni rakyat terutama ketika berdepan musibah.

“Syukur, ini semua berkat di bawah kepimpinan Premier Sarawak yang sentiasa mendidik kami sebagai pemimpin untuk sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat,” katanya.

Kebakaran yang berlaku pada 1 Julai lalu memusnahkan enam kediaman, sekali gus menyebabkan 26 mangsa kehilangan tempat tinggal dan barangan keperluan asas termasuk kelengkapan persekolahan.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jambatan, pembetung uzur di Baram akan dibina semula
Next: Wilfred Yap reviews Grand Arch design to boost Kota Sentosa’s identity and economy

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.